|
Judul : Payung Terkembang Pengarang : A. Samad Idris Penerbit : Pustaka Budiman Genre : Budaya Mukasurat : 457 halaman Cetakan Pertama : 1990 ISBN :
Buku ini sengaja dituliskan dengan maksud supaya rakyat kedua-dua negara kita Malaysia/Indonesia dan Negeri Sembilan/Minangkabau sebanyak sedikit mengetahui akan salur galur sejarah kedua-dua daerah ini secara ringkas.
Orang-orang Negeri Sembilan khususnya tentunya ingin mengetahui asal usul negeri nenek moyangnya. Manakala orang-orang Minangkabau pula ingin mengetahui apa yang telah berlaku kepada nenek moyangnya yang telah merantau jauh sejak beratus tahun yang lalu.
Tentu saja tidak semua di antara kita yang berpeluang melawat kedua-dua negeri dan daerah ini, tetapi dengan membaca buku kecil ini sebanyak sedikit mereka akan dapat gambaran yang nyata walaupun tidak secara mendalam.
Atas kesedaran inilah saya telah meminta Datuk Bendaro Lubuk Seti seorang pegawai dari kantur Gabenor Sumatera Barat Padang dan seorang tokoh sejarah yang tidak asing lagi di Minang untuk menuliskan sejarah Minangkabau, diadunkan dalam sebuah buku bersama-sama dengan tulisan saya mengenai Negeri Sembilan, semoga ada munafaatnya.
-Tan Sri A Samad Idris (1990)
Kandungan
I. Sedikit mengenai buku ini 2. Balada anak pertiwi 3. Kata-kata Aluan 4. Pertembungan dua budaya 5. Hasrat Hati 6. Lawatan Pertama 7. Darah Perantauan 8. Nama-nama suku di Negeri Sembilan 9. Asal nama Seri Menanti 10. Menjemput Raja 11. Negeri Sembilan purbakala 12. Negeri Sembilan di satukan kembali 13. Lahirnya nama Negeri Sembilan 14. Bendera Negeri 15. Sedikit tentang adat istiadat 16. Gelaran Yang Dipertuan (Yamtuan) 17. Gelaran Undang - Undang dan Undang-Undang 18. Kata Penutup Seminar Adat - Surat Gabenor Harun Zain 19. Team Kesenian 20. Lagu Payung Terkembang 21. Lagu Indahnya Alam Negeri Moyangku 22. Missi Muhibah Kesenian - Catatan Datuk Rashid Manggis 23. Raja Melewar 24. Istana Lama 25. Perlantikan adinda bukan kali pertama 26. Negeri Sembilan sekarang - Menteri-Menteri Besar 27. Sedikit tentang Malaysia - Menteri Kabinet 28. Gelaran Datuk Bagi Gabenor Sumatera Barat - Titah DYMM Tuanku Jaafar - Ucapan Harun Zain 29. Gelaran Pesaka Diraja 30. Kota Bersaudara Bandar kembar Bukit Tinggi/Seremban 31. A. Samad Idris digelar Dato' Minangkabau 32. Asal Minangkabau 33. Satu Analisa Mengenai Asal Nama 34. Kerajaan Pasumayam Kota Batu 35. Kerajaan Bukit Batu Patah Pagar Ruyung 36. Peradaban Minangkabau sampai Abad XII 37. Kerajaan Bungo Setangkai di Sungai Kayu Batarok 38. Bundo Kanduang 39. Luhak nan Tigo 40. Pandangan Sarjana Barat 41. Undang-undang nan XX 42. Kerajaan Dusun Tuo Lima Kaum 43. Hubungan dengan negeri luar 44. Warna Palambang atau bendera / Marawa Minangkabau 45. Yang Dipertuan Sakti Raja Hitam Tuanku Raja Alam Bagagarsyah Johan Berdaulat Raja Terakhir 46. Tokoh-Nama Orang dan Tempat
|