|
Judul : Pelangi, Kami Ingin Ke Sana Penyelenggara : Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Kumpulan Cerpen Remaja Mukasurat : 132 Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118966
Menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen-cerpen tersebut merupakan hasil cipta penulis generasi baharu dan pengarang kawakan tanah air.
Sarat dengan nilai motivasi dan bersifat eksploratif, karya-karya tersebut mengankat isu tempatan di samping meneroka sehingga ke wilayah antarabangsa, berbicara tentang keadilan jagat, cinta dan kasih sayang, kecekalan semangat, prinsip kebenaran, peperangan, dan pengorbanan-kesemuanya sangat bermanafaat untuk membijaksanakan khalayak. Ditulis dengan bahasa yang menarik dan teknik yang pelbagai, cerpen-cerpen tersebut dapat menguja daya taakulan di samping menghiburkan.
"Pelangi, Kami Ingin Ke Sana", cerpen yang menjadi antologi ini mengirim hikmah: Walau hidup luluh dilanda bencana, harapan indah tidak terluluhkan, bahkan mendorong insan bangkit membina penghidupan.
Kandungan
Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen Remaja Dan Novel Remaja.
Pelangi, Kami Ingin ke Sana (Ariff Mohamad) Ratu Kosmetik (Faisal Tehrani) Mergastua dan Kotak Batu (Zaharah Nawawi) Dia Berikan Tangannya (Rahmat Purnama Mulya) Cikgu Apek (Siti Hajar Mohd. Zaki) Anak Gelandangan (Mohd. Hashim Osman) Kampung Hati Ayah (Ummi Hani Abu Hassan) Gadis Bunga di Tasik Dal (Zaharah Nawawi) E-mel Seorang Lelaki (Muhammad Lutfi Ishak) Rabiatul Adawiyah (A. Ghani Abdullah)
|