|
Judul : Pengantar Sains Atmosfera Pengarang : Shaharuddin Ahmad Penerbit :Penerbit UKM Genre : Geografi Mukasurat : 540 halaman Cetakan Pertama : 2002 ISBN : 9679425207
Dalam bidang geografi fizikal, atmosfera difahamkan sebagai satu lapisan nipis di sekeliling Bumi dengan ketebalan kurang daripada satu peratus jejari Bumi. Dengan demikian, atmosfera amat penting bagi kehidupan di darat. Ahli sains percaya bahawa kandungan dan sifat lapisan atmosfera bumi yang ada pada hari ini terbina sejak 400 juta tahun lalu, sejak tumbuh-tumbuhan mula wujud di permukaan Bumi.
Kebanyakan sistem iklim dan cuaca terbentuk dan berakhir di dalam atmosfera pada ketinggian di bawah 10 km dari permukaan Bumi. Lapisan atmosfera penting sebagai penghalang penembusan bahang matahari secara berlebihan ke Bumi. Pelbagai gas dalam atmosfera pula menyokong kehidupan biosfera flora dan fauna yang membina rantai makanan.
SHAHARUDDIN AHMAD, Ph. D., seorang Profesor Madya di Jabatan Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak membuat penyelidikan dan penulisan di dalam bidang geografi fizikal yang berkaitan dengan atmosfera.
Kandungan
Senarai Jadual dan Rajah Senarai Singkatan dan Simbol Prakata Penghargaan
BAB 1 Pendahuluan
BAHAGIAN I SIFAT-SIFAT ATMOSFERA BAB 2 Struktur dan Kandungan Atmosfera BAB 3 Tenaga di dalam Atmosfera BAB 4 Pergerakan Atmosfera BAB 5 Lembapan Atmosfera BAB 6 Konsep Kestabilan Atmosfera dan Pembentukan Awan BAB 7 Kerpasan
BAHAGIAN II SISTEM CUACA BAB 8 Sistem Ribut Petir BAB 9 Sistem Angin Tempatan BAB 10 Jisim Udara, Perenggan dan Fenomena Cuaca yang Terhasil BAB 11 Antisiklon dan Siklon BAB 12 Edaran Umum Atmosfera BAB 13 Atmosfera Tropika
BAHAGIAN III RAMALAN CUACA BAB 14 Pencerapan Cuaca BAB 15 Analisis dan Prinsip Ramalan Cuaca
Unit ukuran SI Perkembangan Penting Bidang Klimatologi Soalan Latihan Rujukan Indeks
|