Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Cinta Sang Ratu
Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah
>Undang-undang

Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia: Sebelum Dan Menjelang Merdeka

Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia: Sebelum Dan Menjelang Merdeka
Judul : Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia: Sebelum Dan Menjelang Merdeka
Harga :
RM12.00
Nombor siri : 2342139
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia: Sebelum Dan Menjelang Merdeka
Pengarang : Zaini Nasohah
Penerbit : Utusan Publications & Distributors
Genre : Undang-undang
Mukasurat : 95 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676115193

Buku ini mengupas bentuk dan perkembangan awal pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia serta beberapa topik yang berkaitan. Undang-undang Islam merupakan undang-undang tempatan bagi negara ini sejak dahulu lagi. Ini dibuktikan dengan peruntukan yang terdapat dalam kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah dan Undang-undang Johor. Kehadiran penjajah Inggeris telah mengubah kedudukan dan peranan undang-undang Islam. Inggeris telah menyempitkan skop undang-undang Islam yang ditadbir ke atas orang Islam khususnya kepada perkara-perkara berhubung personal law sahaja seperti hal-ehwal perkahwinan dan perceraian. Pada masa yang sama Inggeris memperkenalkan undang-undang mereka menerusi pelbagai cara. Peraturan tersebut akhirnya turut dikenakan keatas orang lslam. Terdapat beberapa keputusan kes yang membuktikan bahawa undang-undang Inggeris mengatasi undang-undang Islam termasuk dalam hal-ehwal peraturan kekeluargaan. Situasi tersebut kekal sehingga era menjelang merdeka. Namun, tidak dapat dinafikan berlakunya beberapa perkembangan positif dari segi pentadbiran. Bermula seawal tahun 1950-an, undang-undang yang mentadbir hal-ehwal orang Islam kelihatan lebih tersusun walaupun ia masih dalam skop seperti sebelumnya.

 Keseluruhan buku ini dibahagikan kepada lima bab utama secara kronologi iaitu Zaman Kesultanan Melayu Lama, Penjajahan Inggeris dan Kedudukan Undang-undang Tempatan, PengenalanUndang-undang bagi Orang Islam, Pentadbiran Undang-undang Islam Menjelang dan Semasa Kemerdekaan dan Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Huraian secara padat yang dipersembahkan menerusi buku ini berasaskan fakta sejarah undang-undang negara. la diperkukuhkan lagi dengan peruntukan statut serta laporan-laporan kes yang telah diputuskan oleh mahkamah terutama yang melibatkan isu pemakaian undang-undang Inggeris ke atas orang Islam dan peminggiran undang-undang Islam di Negeri-negeri selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penjajahan Inggeris.

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us