Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Cinta Fansuri
Terusir
Advencer Si Peniup Ney
Laskar Pelangi
Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Tunggu Teduh Dulu-FaisalTehrani
Sulaman Benang & Manik Labuci
Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968
Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
>Sastera

Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu

Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu
Judul : Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu
Harga : RM38.00
Nombor siri : 2941123
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu
Pengarang : Marohaini Yusoff
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Bahasa
Mukasurat : 294 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9831001885

Buku ini membekalkan landasan bagi perancangan dan pelaksanaan kegiatan yang berkaitan dengan penulisan karangan.
 Buku ini membentangkan dapatan kajian berkaitan dengan perlakuan dan proses menulis karangan pelajar di Tingkatan Empat semasa menulis karangan di dalam kelas. Perincian keseluruhan perlakuan dan proses menulis karangan diperihalkan bersertakan persamaan dan perbezaan antara penulis baik dengan penulis lemah.
 Pemahaman tentang perlakuan dan proses yang dialami pelajar semasa menulis karangan akan dapat memberi panduan bagi menyediakan pelajar menjadi penulis yang berkesan dan berjaya. Buku ini merupakan buku pertama yang mendokumentasikan perlakuan dan proses menulis karangan dalam bahasa Melayu.
 Kajian tersebut telah dijalankan di sebuah sekolah menengah selama hampir dua tahun. Di negara Barat, terdapat banyak buku yang mendokumentasikan proses menulis karangan seperti yang dibuat oleh Flower dan Hayes (1980). Diharapkan buku ini akan juga dijadikan sebagai rujukan untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Buku ini juga amat berguna dijadikan sebagai rujukan dan landasan bagi para penggubal kurikulum dan penulis buku teks sekolah serta para pendidik di institusi tinggi bagi merancang dan melaksanakan sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan kemahiran menulis karangan. la juga merupakan suatu bahan yang bernilai kepada para penyelidik dan pelajar siswazah yang berminat untuk membuat kajian lanjutan berkaitan dengan proses menulis dan pengajaran-pembelajaran kemahiran menulis karangan.

Kandungan Buku
Penulisan buku ini telah dibahagikan kepada lima bab.
1. Pendahuluan buku ini memberi penekanan terhadap kepentingan kemahiran menulis dalam kehidupan sehari-harian manusia.
2. Bab Satu memaparkan huraian tentang konsep dan perspektif menulis karangan sebagaimana yang digariskan dalam literatur penulisan karangan tempatan dan juga luar negara, iaitu penulisan karangan dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Selain itu, proses dan subproses menulis karangan juga dihuraikan bagi memberi gambaran keseluruhan proses menulis karangan.
3. Bab Dua memberi gambaran tentang amalan pengajaran jdan pembelajaran kemahiran menulis karangan dalam bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah berdasarkan dua kajian kes.
4. Bab Tiga seterusnya memperihalkan latar,belakang kajian dan keseluruhan dapatan yang diperoleh daripada kerja lapangan kajian selama hampir dua tahun. Huraian dapatan kajian meliputi perlakuan dan proses bagi ketiga-tiga peringkat penulisan karangan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Empat.
5. Bab Empat pula membincangkan bentuk perlakuan dan proses menulis karangan penulis penutur jati bahasa Melayu dengan merujuk kepada tiga perspektif penulisan karangan, iaitu perspektif linear, kognitif dan sosial. Persamaan dan perbezaan di antara penulis baik dengan penulis lemah turut dibentangkan.
6. Bab Lima yang merupakan bab akhir buku ini membekalkan cadangan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh.
 Penghasilan buku ini bukan sahaja dapat memperluaskan maklumat dan pengetahuan tentang proses mengarang, tetapi juga dapat menampung kekurangan bahan yang berkaitan dengan penyelidikan kualitatif.
 Seperti juga dokumen proses menulis yang dihasilkan di negara Barat, buku ini diharapkan akan dapat dijadikan bahan rujukan utama kepada para penggubal kurikulum, pensyarah di institusi pengajian tinggi, para guru di sekolah dan penyelidik serta pelajar siswazah yang berminat.

Dr Marohaini Yusoff adalah seorang pensyarah dj Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan penulis buku, Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman (1987) dan buku teks sekolah menengah, Bahasa Melayu Tingkatan Empat (2003). Bidang pengkhususannya adalah pendidikan membaca dan memaham, pendidikan menulis karangan dan penyelidikan kualitatif.

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us