0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> IKSEP

Pertemuan Selat Melaka

Pertemuan Selat Melaka
Judul : Pertemuan Selat Melaka
Harga :
RM19.00
Nombor siri : 3041112
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Pertemuan Selat Melaka : Ke Arah Merealisasikan Semangat ASEAN, IMS-GT, IMT-GT dan BIMP-EAGA
Penyelenggara : Prof. Abdul Latiff Abu Bakar
Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Genre : Budaya
Mukasurat : 248  halaman
Cetakan Pertama : 1998
ISBN : 983991555x


Pertemuan Selat Melaka (PSM) yang berlangsung pada 27-30 Ogos 1997 di Ayer Keroh, Melaka, telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Buat pertama kalinya perhimpunan pemimpin dan rakyat di sekitar Dunia Melayu berjaya mempertemukan golongan pemerintah, golongan ekonomi, golongan budaya dan intelektual serta dihadiri sembilan Gabenor di Melaka. Objektif PSM adalah untuk membina dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama ekonorni, sosial dan diplomatik antara negara dan propinsi-propinsi rumpun Melayu selaras dengan semangat ASEAN, IMS-GT, IMT-GT dan BIMP-EAGA. Kerajaan Negeri Melaka pula berusaha merealisasikan gagasan Melaka Bandaraya Bersejarah dan Negeri Berbudaya dengan mempertemukan semua golongan dari propinsi-propinsi yang pemah berhubungan dengan bekas Kerajaan Melayu Melaka seperti Acheh, Sumatera Utara, Riau, Sumatera Barat, Jambi, Jawa, Kalimantan, Thailand, Brunei Darussalam dan Singapura. Usaha untuk mengumpulkan tokoh dan pemimpin tertinggi seperti gabenor, reaktor, ahli ekonomi dan budaya ini merupakan program yang telah dirancang sejak tahun 1984. Lembaga Bahasa Melayu Melaka telah mencadangkan PSM sejak tahun 1985. Ini adalah ekoran dari lawatan Ketua I LBM ke Riau, Padang, Jambi dan Palembang, bersama ahli Jawatankuasanya iaitu Hj. Baharam Azit dan Hj. Md. Dali Alias. Lawatan mereka itu dalam rangka kegiatan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan telah menerbitkan monograf Sejarah di Selat Melaka. Cadangan PSM mendapat sokongan kuat dari Lembaga Adat dan Kebudayaan Acheh di bawah pimpinan Bapak Prof. Ali Hasjmy dan beberapa kawan di Indonesia.

Kandungan

Sejarah
Selat Melaka: Gapura Sejarah Alam Melayu (Datuk Dr Muhammad Yusoff Hashim)
Peranan Selat Melaka dari Segi Sejarah (Dr Teuku Hj. Ibrahim Alfian)

Sosio-budaya
Pembangunan Sosiobudaya Di Sekitar Selat Melaka (Datuk Dr Mohd. Taib Osman)
Pembangunan Sosiobudaya Di Sekitar Selat Melaka-Pandangan Indonesia ( Maswadi Rauf)
Selat Melaka: Temasya Minda Dalam Lintas Tahun Cahaya (Dr Yusmar Yusuf)
Hubungan Sosiobudaya Negara Serantau Dan Sekitar Selat Melaka (Abdullah Hassan)
Perang Kemerdekaan Di Acheh Adalah Perang Sabil Yang Terlama Dalam Sejarah Dunia (Tan Sri Kra Datu Teungku H. A. Hasjmy)


Ekonomi
Kerjasama Ekonomi: Menjadikan Selat Melaka Halaman Bermain Anak Serantau (Drs. H. Rustam S. Abrus)
Pembangunan Ekonomi "Kawasan Selat Melaka"- Suatu Tinjauan Indonesia (Dr Dayan Dawood)
Kerjasama Ekonomi Serantau- Pandangan Singapura (Shuhaimi Salleh)
The Development Of Muslim Mindanao- A Function Of The Serumpun Malayu Muslims Surrounding Melaka Strait (Dr   Ahmad E. Alonto)
Kerjasama Ekonomi Serantau -Pandangan Indonesia (Dr Zazamual Anuar)


Diplomatik
Kerjasama Serantau Dalam Konteks Hubungan Diplomasi: Pengalaman Malaysia (Mohamad Abu Bakar)
Perpaduan Serantau Dalam Konteks Perhubungan Diplomatik- Pengalaman Indonesia (Zainal Arifin)
Perpaduan Serantau Dalam Konteks Perhubungan Diplomatik- Pengalaman Brunei (Pengeran Seria Negara Pengeran Haji Mohd. Yusuf Hj. Abd. Halim)
Perpaduan Serantau Dalam Konteks Perhubungan Diplomatik- ASEAN (Dato' Abd. Majid Ahmad Khan)

Pemuda
Peranan Generasi Muda Dalam Hubungan Serantau (Datuk Dr Abdul Lariff Abu Bakar)
Peranan Generasi Muda Dalam Hubungan Serantau- Pandangan Indonesia (Erman Syamsuddin)
Peranan Generasi Muda Dalam Hubungan Serantau- Pandangan MBM (Dato' Suhaimi Ibrahim)
Peranan Generasi Muda Dalam Hubungan Serantau- Pandangan Thailand (Ahmad Idris Waruwit)
Peranan Generasi Muda Dalam Hubungan Serantau- Pandangan KBS (Raja Ruslan Raja Samah)