|
Judul : Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden(Edisi Kemas Kini) Pengarang : Dr. Danial Zainal Abidin Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Agama Mukasurat : 259 halaman Cetakan Keempat : 20047 ISBN : 9833604625
Diakui, buku-buku yang mengaitkan Islam dengan sains kurang diterbitkan dalam bahasa Melayu, justeru, masih ramai dari kalangan orang -orang Islam yang memahami Islam secara lama. Apabila mereka berbicara berkenaan perubatan Islam, sebahagian memahaminya hanya dalam bentuk doa, jampi dan air penawar semata-mata. Sebahagian yang lain mentafsirkan konsep perubatan Nabi Muhammad di dalam bentuk yang amat sempit. Sebagai contoh, apabila mereka membaca hadis yang menyuruh seseorang membenamkan lalat yang jatuh ke dalam air minuman, kerana terdapat pada sayapnya dan racun, mereka terus membenam lalat ke dalam air tanpa berusaha untuk mengkaji lebih daripada itu.
Sebahagian yang lain meyakini konsep perubatan Nabi mempunyai kehebatannya, tetapi mereka tidak mampu buktikan kehebatan-kehebatan itu secara saintifik. Demikian juga di dalam konteks Islam secara amnya, ramai yang meyakini Islam adalah agama yang unggul yang tidak ada tolok bandingannya, namun mereka tidak mampu buktikan keunggulan itu di dalam bahasa hari ini. Justeru, Islam dilihat oleh mereka yang bukan Islam sebagai suatu agama yang beku yang tidak berkembang dan yang lebih berbahaya, dilihat sebagai agama yang tidak sesuai dengan dunia yang serba canggih pada hari ini. Buku ini ditulis dengan niat untuk menampung kekurang dan sekali gus menampakkan Islam adalah suatu agama yang saintifik lagi unggul yang diperlukan oleh manusia pada hari ini.
Konsep perubatan yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah sebenarnya amat sesuai diikuti oleh manusia sejagat. Buku ini cuba membuktikan kehebatan konsep-konsep ini secara saintifik dan bagi tujuan ini, penemuan-penemuan se sahih, tidak kira sama ada yang datang daripada umat Islam ataupun tidak, dimanfaatkan di mana perlu.
Kandungan
1 Konsep Perubatan Islam 2 Makanan Halal Dan Berkhasiat 3 Senaman Dan Kesihatan Fizikal 4 Menjauhi Bahaya Rokok 5 Menjauhi Bahaya Pencemaran 6 Menjauhi Bahaya Televisyen 7 Tidur Adalah Ibadah 8 Seks Yang Halal Adalah Ibadah 9 Menangani Stress 10 Penemuan Saintifik Pada Bahaya Babi 11 Penemuan Embriologi Dan Al-Quran 12 Penemuan Saintifik Rahsia Lalat 13 Berbekam Masih Relevan ? 14 Adakah Klon Halal ? 15 Epilog
|