0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Siti Zainon Ismail

Piazza Di Spagna

Piazza Di  Spagna
Judul : Piazza Di Spagna
Harga :
RM20.00
Nombor siri : 1631124
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Piazza Di  Spagna
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Gelari Melora
Genre :  Kumpulan Puisi
Mukasurat : 52 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 983946311x


"Pertemuan dan percakapan dengan Margaretta dari Pulau Tassos, Greece dalam acara Valmiky International Poetry Reading di New Delhi dan Bhopal, sungguh menggugah perasaan dengan munculnya bayangan zaman Romawi- Yunani. Itu terjadi pada bulan Feb-Mac 1985. Keinginan untuk ke Colosseo, Venezia, Napoli mendadak muncul. Ketika itu kemudahan internet belum ada. Saya pun membuka halaman kitab sejarah, ensiklopedia, peta terentang di atas meja. Teman-teman pelukis seangkatan juga waktu itu memang banyak belum menjadi. Pelukis masih dipandang aneh. Seorang sahabat pelukis baru pulang dari Itali, membawa isteri dari Eropah sana. Di situlah bermula cerita Nik dan Azalea. Empat belas tahun kemudian, pada tahun 2000, baru saya dapat menjejak bumi impian itu. Saya jelajah Venezia, Firenze sampai ke Roma. Mencari Nik yang sudah terdampar di Napoli. Kubawa kembali Azalea, tiba di musim bunga bercanda di ayunan gondola dan bertemu di.tangga Sepanyol -Piazza di Spagna."- Siti Zainon Ismail 2 Julai 2004

 * Piazza Di Spagna: Tangga yang siap dibina pada 1725 dengandatarannya oleh De Santis dan Spechi, menjadikan ia sebuah karya seni bina agung pada zaman akhir Baroque

Kandungan
1. Potret Azalea
 Keretapi Malam Venezia -Zurich
2. Bulan Madu Piazza di Spagna
 Potret Luka de Rotanda
3. Konserto Musim Bunga
 Roma Hingga Senja di Plaza della Republica