|
Judul : Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu Pengarang : Haliza Mohd Riji Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Ilmiah Mukasurat : 255 halaman Cetakan Kedua : 2005 ISBN : 9831000994
Perubatan Melayu sering menarik minat pengkaji dan pengunjung dari luar negara. Pengunjung atau pelawat yang diperlihatkan kepada bomoh, dukun atau bidan mentafsirkan amalan menjual akar-akar kayu, mengurut, dan membekam sebagai kepercayaan dan perlakuan dalam masyarakat tradisional. Manakala pengkaji budaya melihat ini sebagai sistem penjagaan kesihatan dan perubatan yang dipusakai dari masa lampau. Pihak lain pula mempunyai persepsi yang berlainan, namun kebanyakannya merujuk kepadakepercayaan dan amalan karut yang tidak mempunyai asas rasional.
Tujuan utama buku ini ialah untuk membentangkan perubatan Melayu sebagai sebuah sistem budaya yang didasari oleh kepercayaan, ilmu dan amalan yang berhubung dengan kesejahteraan hidup dan dengan penyakit dan keuzuran. la juga memperlihatkan amalan yang mempunyai asas-asas pemikiran rasional serta falsafah yang bersandarkan Islam dan pengalaman pengamal.
Tujuan kedua ialah untuk menghuraikan tentang konsep kesihatan, penyakit dan keuzuran dalam masyarakat Melayu. Sekali gus ia memperlihatkan paradigma kesihatan daripada perspektif budaya berbanding perspektif bioperubatan dan untuk mengurangkan kekeliruan di kalangan profesional perubatan dan masyarakat. Selain itu buku ini bertujuan menambah bilangan penulisan dalam bidang perubatan Melayu memandangkan masih banyak aspek yang belum diselidiki.
KANDUNGAN
PRAKATA
BAB 1 TINJAUAN PENULISAN TENTANG PENYAKIT DAN PERUBATAN Perspektif Sosiobudaya Perspektif Psikososial Perspektif Ekologi Budaya Perspektif Sosiologi Perspektif Kognitif
PENULISAN TENTANG PERUBATAN MELAYU Kepercayaan Masyarakat dan Peranan Pawang dan Bomoh Upacara Penyembuhan Konsep Kesihatan dan Penyakit Bomoh dan Perbomohan
BAB 2 PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU ASAL USUL PENGARUH ANIMISME, HINDU - BUDDHA DAN ISLAM
PENGAMAL-PENGAMAL Bomoh, Dukun dan Pawang Penglibatan dalam Perbomohan Pendidikan, Ekonomi dan Keluarga Gelaran, Umur dan Kedudukan dalam Masyarakat Cara Mendapatkan Ilmu Perbomohan Peribadi Bomoh Akar Kayu Mencari, Menyedia Ramuan dan Merawat Mengadun Akar Kayu dan Merawat Mengadun dan Menjual Ubat-ubatan Bomoh Kebatinan Bomoh Urut, Bomoh Patah dan Bomoh Bekam
BAB 3 FALSAFAH PERUBATAN MELAYU FALSAFAH KEHIDUPAN Kepercayaan kepada Pencipta Konsep 'Dua Berlawanan' Konsep 'Setiap Satu Memerlukan yang Lain' Tuntutan 'Manusia Wajib Berilmu' Konsep Nyawa dan Roh Kepercayaan kepada Semangat Wali-Wali Hantu, Jin dan Syaitan Bumi Mempunyai Empat Unsur Alam Wujud dalam Keseimbangan Manusia Perlu Nilai Hidup Hormat kepada Ibu bapa
FALSAFAH KESlHATAN Pencegahan Perubatan ERTI SIHAT, PENYAKIT DAN KEUZURAN Sihat Dimensi Kesihatan PENYAKIT, SAKIT DAN KEUZURAN Keuzuran Penyakit Sakit ETIOLOGI PENYAKIT DAN KEUZURAN Faktor Fizikal Faktor Spiritual PENJENISAN Tanda dan simptom 'Berat' dan 'Ringan'
BAB 4 PENJAGAAN KESIHATAN
PRINSIP ASAS PETUA DAN PANTANG LARANG Petua Pantang larang BERPUASA KEBERSlHAN MAKANAN DAN PAKAIAN MANDI BERSUCI AMALAN JIMAK KEBERSlHAN PERSEKITARAN PERGERAKAN BADAN Bersenam Bekerja Berurut MINUM AIR REBUSAN AKAR KAYU ANTARA PRINSIP DAN AMALAN Pantang larang dalam Penjagaan Kesihatan Konsep dan Amalan daripada Falsafah Islam
BAB 5 PRINSIP DAN AMALAN RAWATAN BOMOH AKAR KAYU Falsafah Kemahiran Kaitan Tumbuhan dengan Penyakit Kaitan Penyakit dengan Tumbuhan Penyediaan Ubat-ubatan Pantang larang dalam Rawatan
BOMOH KEBATINAN Bomoh Jampi dan Doa Bomoh Sembahyang Hajat Bomoh Roh dan Wali BOMOH URUT BOMOH BEKAM BOMOH PATAH TEMA- TEMA BERHUBUNG RAWATAN Memahami Unsur-unsur dalam Rawatan Kepakaran Bomoh Menguasai Faktor Spiritual Simbol dalam Upacara Penyembuhan
BAB 6 PERBOMOHAN MASA KINI PENGAMAL DAN AMALANNYA Kebolehan Menjaga Ilmu Perbomohan Kegiatan Sampingan Pengganti Alat Penyelidikan FAKTOR-FAKTOR LUARAN Persatuan Media Bekalan Tumbuhan Kajian Saintifik Persatuan Perubatan Moden Integrasi Perubatan Melayu ke dalam Penjagaan Kesihatan Primer
BAB 7 HASIL KAJIAN PENGAMAL PERUBATAN MELAYU FALSAFAH DAN KEPERCAYAAN Kepercayaan kepada Islam Ilmu dan Prinsip MAKNA KESIHATAN DAN KEUZURAN Dimensi Kesihatan Dimensi Keuzuran Jenis Penyakit dan Keuzuran PRINSIP DAN TEORI RAWATAN Tumpuan Aspek Rasional Aspek Nilai dan Akhlak HALANGAN KEMAJUAN Penyebaran Ilmu Profesionalisme
BAB 8 KESIMPULAN TERAS AMALAN PRINSIP RAWATAN REALITI PENYAKIT DAN KEUZURAN FAKTOR-FAKTOR HALANGAN IMPLIKASI HASIL KAJIAN
LAMPIRAN GLOSARI BIBLIOGRAFI
|