|
Judul : Psikologi Kanak-kanak Pengarang : Mohd Sharani Ahmad Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kategori : Pendidikan | Pra-Sekolah Mukasurat : 234 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9831926021
Buku ini adalah sebuah buku yang menerangkan dan membincangkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak termasuk perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya daripada perspektif psikologi perkembangan.
Sehingga kini, buku-buku yang berkaitan dengan psikologi dalam bahasa Malaysia kurang. Dengan adanya buku ini,sekurang-kurangnya data ini dapat mengisi kekurangan itu dan menampung keperluan yang meningkat daripada penuntut yang mengambil kursus psikologi dan perkembangan kanak-kanak. Begitu juga para ibu bapa yang ingin mendalami bidang psikologi khususnya psikologi perkembangan kanak-kanak.
Semoga kandungan yang dibekalkan dalam buku ini dapat menerangkan bagaimana teori dan kajian psikologi perkembangan khasnya kanak-kanak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendek kata, buku ini dapat membantu para pembaca memahami apakah psikologi perkembangan kanak-kanak dan bagaimana ahli-ahli psikologi perkembangan membuat kajian berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Kandungan
1. Pengenalan 2. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak 3. Teori Perkembangan 4. Perkembangan Pranatal 5. Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Bertatih 6. Perkembangan Pertengahan Kanak-kanak 7. Perkembangan Akhir Kanak-kanak 8. Merangsang Perkembangan Kanak-kanak 9. Bermain 10. Kanak-kanak Istimewa 11. Penutup 12. Rujukan 13. Bibliografi
|