|
Judul : Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku Pengarang : Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre : Pendidikan | Kaunseling Mukasurat : 232 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376819
Membantu individu mengenali punca masalah jiwa dan rawatan yang diperlukan. Panduan kepada ahli psikiatri, kaunselor dan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bermasalah jiwa.
Kecelaruan tingkah laku bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Perkara ini sudah wujud seawal wujudnya manusia di muka bumi ini iaitu dengan tercetusnya persengketaan antara Habil dan Qabil yang membawa kepada pembunuhan Habil oleh Qabil hanya kerana merebut perempuan. Selaras dengan peredaran zaman, kecelaruan tingkah laku turut mengalami pelbagai kerencaman daripada segi bentuk dan jenisnya. Pelbagai teori dan persoalan berkenaan apa, kenapa dan bagaimana sesuatu kecelaruan itu berlaku timbul dengan pelbagai bukti dan andaian tersendiri.
Masalah kecelaruan tingkah laku ini lazimnya mengganggu per-jalanan harian seseorang. Secara tidak langsung ia akan kelihatan janggal ataupun asing jika dibandingkan dengan anggota masyarakat di sekelilingnya. Semua masalah jiwa sama ada yang lazim kedapatan dalam masyarakat atau yang jarang kelihatan dikaji oleh pakar psikologi dan pakar jiwa secara komprehensif. Tugas para pakar jiwa adalah mengenal pasti bentuk-bentuk dan masalah jiwa yang boleh ditakrifkan sebagai penyakit jiwa ataupun kecelaruan tingkah laku Masyarakat kita sering mengaitkan penyakit mental dengan kuasa di luar kawalan manusia seperti hantu, jin, syaitan dan makhluk-makhluk halus lain. Oleh itu seorang dukun atau bomoh adalah orang yang dianggap mempunyai kepakaran merawat mereka yang 'dirasuk' ini serta memulihkan keadaan mental mereka seperti sedia kala. Oleh itu apabila kita mengenali atau menamakan sesuatu tingkah laku itu sebagai kecelaruan tingkah laku, kita perlu sentiasa berpandukan kepada apa yang dikenali sebagai norma masyarakat. Bagi mereka yang mengikut apa yang dilakukan oleh masyarakat, maka perbuatan mereka dianggap normal. Sebaliknya sekiranya apa yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan kelaziman masyarakat, maka ia dikatakan menyimpang daripada norma masyarakat ataupun dinamakan abnormal.
Oleh itu buku kecelaruan tingkah laku ini dapat menjawab beberapa kemusykilan yang dihadapi oleh orang ramai dalam me-mahami pengertian kecelaruan tingkah laku. Setiap jenis kecelaruan tingkah laku yang dibincangkan berpandukan klasifikasi DSM-IV. Terdapat 13 bab kesemuanya yang membicarakan perihal kategori kecelaruan tingkah laku yang dapat dijadikan panduan oleh kaun-selor, ibu bapa, guru, ahli psikiatri, pelajar-pelajar IPT, pelajar-pelajar pembantu perubatan dan jururawat serta individu yang ingin menambah pengetahuan mengenai kecelaruan tingkah laku.
Di samping itu juga pembaca juga didedahkan dengan beberapa kaedah rawatan dan terapi yang digunakan bagi merawat penyakit kecelaruan tingkah laku. Kaedah-kaedah rawatan dan terapi ini di-bincangkan berdasarkan peraturan daripada Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association-APA) telah mengeluarkan satu garis panduan kaedah mengklasifikasikan kecelaruan tingkah laku yang dikenali sebagai Dignostic and Statistical of Disorders atau dikenali sebagai DSM.
Kandungan
Bab 1 Klasifikasi Bab 2 Tingkah Laku Abnormal Bab 3 Kecelaruan Mental Organik Bab 4 Kecelaruan Kanak-kanak dan Remaja Bab 5 Kecelaruan Disosiatif dan Somatofora Bab 6 Kecelaruan Kognitif dan Kaitannya dengan Bab 7 Kecelaruan Mood dan Bunuh Diri Bab 8 Kecelaruan Personaliti Bab 9 Kecelaruan Identiti Jantina Parafilia dan Bab 10 Skizofrenia dan Kecelaruan Psikotik yang Lain Bab 11 Kecelaruan Kebimbangan Bab 12 Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) Bab 13 Rawatan dan Kaedah Terapi
Rujukan Indeks
|