|
Judul : Rahsia Bisnes Orang Jepun Pengarang : Ann Wan Seng Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kategori : Bisnes & Pengurusan Mukasurat : 256 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 983337686X
Orang Jepun terkenal dengan budaya Keisan ataupun 'gila kerja'. Budaya inilah yang membantu mereka berjaya dalam bisnes. Ketahui banyak lagi rahsia bisnes orang Jepun di dalam buku ini. Sesuai sebagai panduan dan motivasi untuk usahawan tempatan.
Buku ini memberi tumpuan pada pelbagai aspek dan perkara yang mendorong kejayaan orang Jepun.
Formula kejayaan orang Jepun yang diutarakan dalam buku ini bukan sahaja sesuai dilaksanakan, namun dapat dijadikan asas bagi menjadi pekerja yang cemerlang dan pengusaha yang berjaya.
Bagi mencapai kejayaan, kita perlu belajar daripada bangsa yang lebih maju dan hebat. Kita tahu orang Jepun pandai, hebat dan berbakat. Selain itu, kita juga maklum segala kepandaian dan kehebatan Jepun ada pada diri kita, tetapi tidak menyedarinya.
Orang Jepun sedar berkenaan hal itu dan mereka menggunakannya secara optimum. Hasilnya, mereka berjaya hingga ke hari ini.
Banyak formula dan amalan orang Jepun dipaparkan di dalam buku ini. Sebagai rujukan, panduan dan motivasi supaya kita dapat mengenali orang Jepun secara lebih dekat dan menyingkap rahsia kejayaan mereka.
Kandungan
Bahagian 1 Bab 1 Kebangkitan Semula Jepun Bab 2 Bagaimana Jepun Jadi No.1 Bab 3 Kenapa Tidak Jadi Seperti Jepun Bab 4 Organisasi Jepun Bab 5 Seni Pengurusan Jepun Bab 6 Tradisi dan Transisi Bahagian 2 Bab 7 Budaya Kerja Orang Jepun Bab 8 Etika Kerja Jepun Bab 9 Urus Niaga Cara Jepun Bab 10 Budaya Niaga Orang Jepun Bab 11 Disiplin Kerja Orang Jepun Bab 12 Kesetiaan Pekerja Jepun Bab 13 Inovasi Jepun Bab 14 Keajaiban Jepun Bahagian 3 Bab 15 Pengurusan TQM Jepun Bab 16 Kai Zen dan Pengurusan Strategik Bab 17 Keiretsu dan Zaibatsu Bab 18 Zaibatsu dan Sistem Pemasaran Jepun Bab 19 Budaya Keisan Bab 20 Sogo Shosha Bab 21 Tanshin-funin Bab 22 Sistem Upah dan Insentif Honda Bahagian 4 Bab 23 Kunci Kejayaan Jepun Bab 24 Rahsia Jepun dan Formula Korea Bab 25 Rahsia Kejayaan Syarikat Jepun Bab 26 Pemangkin Ekonomi Jepun Bab 27 Tiga Asas Kekuatan Eksekutif Bab 28 Kisah Kejayaan Matsushita Bab 29 Di Mana Ada Kemahuan... Bahagian 5 Bab 30 Kesediaan untuk Berubah Bab 31 Kecekapan Mengurus Wang Bab 32 Kerja Berpasukan Bab 33 Semangat Kekitaan Bab 34 Kekitaan vs Keakuan Bab 35 Sindrom Ilmu Bab 36 Saling Belajar Bab 37 Pandang ke Timur Bahagian 6 Bab 38 Timur Lawan Barat Bab 39 Menjepunkan Pemasaran Barat Bab 40 Menjejak Kreativiti Bab 41 Elektronik ke Robotik Bab 42 Komunikasi dan Hubungan Sosial Bab 43 Kompromi dengan Musuh Bab 44 Sokongan Kerajaan Bahagian 7 Bab 45 Jepun Boleh Bab 46 Segelas Air dan Setitik Dakwat Bab 47 Gila Kerja Bukan Kerja Gila Bab 48 Jepun dan Samurai Buta Bab 49 Sama Tapi Tak Serupa Bibliografi Indeks
|