|
Judul : Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968 Pengarang : Syed Othman Syed Omar Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Sejarah Mukasurat : 441 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9831002377
Buku ini secara khusus membincangkan sejarah penubuhan, perkembangan, penglibatan serta kepahlavvanan Rejimen Askar Melavu Diraja (RAMD) sehingga 1968. RAMD merupakan sebuah institusi ketenteraan profesional bagi orang Melayu divvujudkan oleh penjajah British atas kehendak para sultan dan pembesar Melayu yang tidak begitu senang dengan kehadiran warga tentera asing dalam memelihara kedaulatan dan keselamalan tanah air. Kejayaan menjadikan sekumpulan 25 pemuda Melayu yang terpilih dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Melaka sebagai tentera terlatih telah menghakis tanggapan negatif pihak penjajah terhadap orang Melayu dalam profesion ketenteraan. Dalam aspek vang berkaitan dengan penglibatan RAMD, kemampuan batalion pertama dan kedua menentang tentera Jepun dalam Perang Dunia Ke-2, Kempen Malaya 1941, kecekalan batalion pertama hingga ketujuh menangani kebangkitan kumpulan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ketika Darurat 1948, berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo I960, dan menentang ancaman konfrontasi Rejim Soekarno 1963 merupakan antara perkara yang dibincangkan.
Dari segi kepimpinan, kajian tertumpu kepada pegavvai RAMD yang menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala profil para penerima anugerah keberanian British, Military Cross (MC), Military Medal (MM), dan anugerah keberanian Persekutuan Tanah Melayu (Panglima Gagah Berani (PCB) pula dipaparkan bagi tujuan menonjolkan ciri-ciri kepahlavvanan dalam RAMD. Namun ia bukanlah ukuran mutlak dalam membuat penilaian terhadap semangat kepahlavvanan yang pernah ditunjukkan oleh warga RAMD ketika melaksanakan tugas sebagai benteng pertahanan negara, pemelihara keamanan serta pelindung hak dan ketuanan Melayu di Malaysia.
KANDUNGAN
Prakata Peristiwa Penting Singkatan
BAB I PENUBUHAN REJIMEN ASKAR MELAYU Rejimen Askar Melayu Pertama 1796-1874 Askar Timbalan Setia Negeri Johor Penglibatan Orang Melayu dalam Tentera Sukarela Penubuhan Rejimen Askar Melayu
BAB II PERKEMBANGAN REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA Kemajuan Sebelum Perang Dunia Kedua-Kempen Malaya Kemajuan Selepas Perang Dunia Kedua-Kempen Malaya Tauliah Kehormat Penganugerahan Panji-Panji Perkembangan Rejimen Askar Melayu Diraja Depot Rejimen Askar Melayu Pancaragam Pusat Askar Melayu Penubuhan Dan Perkembangan Batalion Batalion Pertama RAMD Batalion Kedua RAMD Batalion Ketiga RAMD Batalion Keempat RAMD Batalion Kelima RAMD Batalion Keenam RAMD Batalion Ketujuh RAMD Batalion Kelapan RAMD Batalion Kesembilan RAMD Batalion Kesepuluh RAMD
BAB III PENGLIBATAN REJIMEN ASKAR MELAYU DALAM PERANG DUNIA KEDUA KEMPEN MALAYA Penglibatan Batalion Askar Melayu dalam Kempen Malaya Pengalaman Warga Askar Melayu dalam Kempen Malaya
BAB IV REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DAN DARURAT1948-1960 Pengenalan Darurat Operasi Batalion RAMD Ketika Darurat Batalion Pertama Serang Hendap di Kongkoi Batalion Kedua RAMD Serang Hendap di Sungai Yu Batalion Ketiga RAMD Serang Hendap di Sungai Sumur Batalion Keempat RAMD Batalion Kelima RAMD Batalion Keenam RAMD Batalion Ketujuh RAMD
BAB V PENGLIBATAN REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DI ARENA ANTARABANGSA Konflik di Congo Penglibatan RAMD di Congo Batalion Keempat RAMD Batalion Keenam RAMD Tragedi di Kindu Kompeni D 2 RAMD Batalion Ketujuh RAMD Batalion Kedua RAMD Penglibatan RAMD Dalam Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja Brunei (RAMDB) Warga RAMD Yang Berkhidmat Dengan RAMDB
BAB VI REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DAN KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA Latarbelakang Konfrontasi Operasi Batalion RAMD dalam Era Konfrontasi Batalion Kelima RAMD Batalion Ketiga RAMD Peristiwa Kalabakan Batalion Kelapan RAMD Batalion Kedua RAMD Batalion Pertama RAMD Batalion Keempat RAMD Batalion Keenam RAMD Batalion Ketujuh RAMD
BAB VII KEPIMPINAN DALAM RAMD Divisyen Infantri Divisyen Pertama Infantri Malaysia Divisyen Ke-2 Infantri Malaysia Kepimpinan ATM
BAB VIII KEPAHLAWANAN RAMD Penerima Military Cross Penerima George Medal Penerima Military Medal Penerima Pingat Panglima Gagah Berani
KESIMPULAN LAMPIRAN GLOSARI BIBLIOGRAFI INDEKS
|