Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Bantu Diri Remaja

Remaja Pasti Sukses!

Remaja Pasti Sukses!
Judul : Remaja Pasti Sukses!
Harga : RM14.90
Nombor siri : 3251221
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Remaja Pasti Sukses!
Pengarang : Wardah Mokhtar, Arieff Salleh
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Remaja | Bantu Diri
Mukasurat : 197   halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9833603092

Untuk berjaya, kita kena robohkan dulu sikap-sikap negatif yang ada dalam diri kita

Selamat Datang ke Remaja Sukses

Tahniah! Anda berjaya mendapatkan buku ini. Kami tidak tahu bagaimana anda boleh mendapatkan buku ini, mungkin anda membelinya sendiri ataupun dihadiahkan oleh ibu bapa anda ataupun mungkin ia hadiah daripada orang yang teristimewa. Itu semua tidak penting, yang pentingnya anda sudah mendapatkan buku ini. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah, marilah bersama kami membina kejayaan buat diri anda yang anda sayangi.
Terima kasih kerana sudi bersama-sama dengan kami dalam buku ini! Ramai di kalangan remaja yang membaca buku, termasuk anda. Andalah remaja yang unggul. Anda mungkin satu dalam seribu, kerana anda bersedia dan berminat untuk memperbaiki diri dan seterusnya menjadi insan yang berjaya.

Yakinlah wahai rakan-rakan remaja, setiap orang yang dicipta oleh Tuhan mampu untuk berjaya. Tuhan membekalkan bagi setiap manusia potensi untuk berjaya. Yang menjadi persoalannya adalah bagaimana kita mampu menggali potensi kejayaan yang ada pada diri kita. Oleh itu, marilah bersama-sama kami dalam buku ini bagi mengenal pasti potensi kejayaan yang ada pada diri kita melalui 9 formula yang kami hidangkan kepada anda. Formula-formula sukses tersebut adalah:

Formula 1: Berpersonaliti matang
Formula 2: Membina konsep kendiri yang positif
Formula 3: Memiliki emosi yang terkawal
Formula 4: Merangsang minda yang cergas
Formula 5: Mempunyai kematangan seksual
Formula 6: Sihat fizikal, mental dan emosi
Formula 7: Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
Formula 8: Eratkan hubungan
Formula 9: Runtuhkan, kemudian bina!

Baiklah wahai remaja sukses! Oleh kerana anda hebat, oleh sebab itu kami sajikan anda buku ini supaya anda boleh menyerlahkan dan menggilap kehebatan diri anda. Jika anda berasa rendah diri dan rasa masih belum berjaya, maka marilah kita bersama-sama melayari buku ini, mudah-mudahan anda boleh mencari mutiara kejayaan yang ada pada diri anda!


Kandungan

Selamat Datang ke Remaja Sukses
Formula 1: Berpersonaliti Matang
1. Apa itu Personaliti?
2. Rakan Sebaya Pengaruhi Personaliti Kita
3. Makanan Pengaruhi Personaliti Kita
4. Remaja Berpersonaliti Matang
5. Tip untuk Menjadi Remaja yang Berpersonaliti Matang

Formula 2: Membina Konsep Kendiri yang Positif
6. Siapa Aku?
7. Bagaimana??
8. Kendiri Positif vs Negatif
9. Tip Bentuk Konsep Kendiri Positif
10. Si Tempang Pergi Perang

Formula 3: Memiliki Emosi yang Terkawal
11. Marah
12. Untungnya Menahan Marah
13. Kenapa Kita Marah?
14. Tip Kawal Marah
15. Takut
16. Tip Menjadi Remaja Berani
17. Aku Hanya Takutkan Tuhan
18. Gembira

Formula 4: Merangsang Minda yang Cergas
19. Belajar
20. Membaca
21. Mempunyai Kemahiran Berfikir

Formula 5: Mempunyai Kematangan Seksual
22. Tip Mendapatkan Antibodi Rohani
23. Tip 1: Berkahwin pada Usia Muda
24. Tip 2: Puasa Sunat
25. Tip 3: Jauhkan Diri daripada Perkara yang Menimbulkan Nafsu Berahi
26. Tip 4: Mengisi Masa Lapang dengan Sesuatu
yang Berfaedah
27. Tip 5: Teman yang Baik
28. Tip 6: Berpegang pada Tip Kesihatan
29. Tip 7: Merasakan Takut kepada Tuhan dalam Diri
30. Tip 8: Merendahkan Pandangan Mata

Formula 6: Sihat Fizikal, Mental dan Emosi
31. Tip Menjaga Kesihatan Jasmani
32. Tip Menjaga Kesihatan Mental
33. Tip Menjaga Kesihatan Emosi
34. Abdullah bin Umar dan Kain dari Syurga

Formula 7: Berakhlak dan Berbudi Pekerti Mulia
35. Pantang Larang 1: Tabiat Suka Berbohong
36. Pantang Larang 2: Tabiat Suka Mencuri
37. Pantang Larang 3: Tabiat Suka Mencaci
dan Memaki
38. Pantang Larang 4: Tabiat Suka Meniru
39. Renungan Buat Remaja

Formula 8: Eratkan Hubungan
40. Sayangi Ibu Bapa
41. Hormati Guru
42. Tip Pilih Kawan
43. Hargai Kawan
44. Jom Hormat Orang Tua

Formula 9: Runtuhkan, Kemudian Bina!
45. Kenali Musuh
46. Tidak Beriman dengan Tuhan adalah Jahiliah
47. Jahiliah itu Ikut Nafsu
48. Jahiliah Ada Idolanya
49. Apa yang Perlu Kita Lakukan?
50. Runtuhkan, Kemudian Bina!
51. Ikut Ahli Sihir ataupun Orang Alim?
Rujukan

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us