Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kuras-Kuras Kreatif
Salam Maria
Ayat-ayat Cinta
Tawarikh Cinta
Apa Kau Cari?
Setitis Embun Semarak Api
Harga Sebuah Maruah
Tukcai
Mahabbah
>Koleksi / Direktori Penulis>A. Samad Said

Rindu Ibu - Versi Santai

Rindu Ibu - Versi Santai
Judul : Rindu Ibu - Versi Santai
Harga : RM10.00
Nombor siri : 2747118
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Rindu Ibu
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : Wira Bukit
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 117 halaman
Cetakan Keempat : 2006
ISBN : 9834119623
Versi Santai




"Menjejak album kasih
terkelip kenang jernih
terimbas mata bening
cerdik tidak tersaing.

Rengek seorang bayi
di tengah dini sepi
senyumnya dalam mimpi
sungguh menyentuh hati.

Rindu seorang ibu
akan bayi lenanya
menyebabkan diriku
turut terharu sama."

                  - Rindu Ibu -


Kumpulan puisi kanak-kanak menjelang remaja karya SN A. Samad Said ini menghimpunkan 101 buah puisi. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja yang ingin berjinak-jinak dengan puisi. Ia digarap dengan bahasa yang mudah, diksi yang tepat dan akan cepat dihadam oleh khalayaknya.

Menurut beliau, "Dalam dunia kesusasteraan Melayu, saya rasa, puisi kanak-kanak yang mudah, tapi indah, inilah yang terlalu kurang. Tidak saja oleh kerinduan yang saya katakan itu, tapi rasa tangungjawab juga merangsang saya untuk dengan payahnya menyudahkan antologi puisi ini. Saya percaya kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada puisi-puisi yang mudah, tapi indah."

"Makanya, di sini saya sempat menyudahkan - dan memilih hanya yang mudah, baik dan indah - 101 buah puisi yang saya senangi, malah sayanhi. Hanya sebuah - " Merindu Buku" - yang pernah tersiar, sementara yang lain baru kali pertama diperkenalkan dalam antologi ini. Kerana susunan temanyayang terpilih, bertingkat dan bersukat, maka saya kira antologi puisi ini sesuai untuk pembacaan kanak-kanak menjelang remaja."

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us