|
Judul : Sajian Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi Pengarang : Noraini Sidek Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Resepi Mukasurat : 371 halaman Cetakan Pertama : 2004 ISBN : 967611507x
Sajian Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi menyediakan panduan untuk membantu anda membuat perancangan dan pengendalian apa jua jamuan-sama ada sempena rumah terbuka, makan malam atau high-tea secara formal ataupun tidak. Setiap majlis dicadangkan hidangan yang sesuai, namun anda boleh mengubahsuai mengikut cita rasa sendiri. Di samping itu buku ini juga memuatkan pelbagai resipi seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut, puding dan minuman.
Buku ini amat sesuai bagi suri rumah tangga, peniaga, pelajar dan mereka yang berminat dalam bidang masakan. Semua resipi yang disediakan telah diuji dan mudah disediakan.
Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap biskut dan kek yang dinyatakan.
Kandungan
Penyediaan Asas Kaedah Merai Dan Peradapan Mengikut Majlis Keramaian Jenis-jenis Lipatan Napkin Buffet Peradaban Meja Mengikut Majlis Keraian Makan Malam Ala Barat High Tea Bufet Antarabangsa Steam Boat Rumah Terbuka Aidilfitri Hidangan Mesra Wanita Majlis Pertunangan Hiasan Meja Pengantin Barbeku Majlis Hari Ulang Tahun Kanak-kanak Pilihan-pilihan Hidangan Untuk Sarapan Pagi Secara Bufet Majlis Doa Selamat Makan Malam Ala Cina Resepi Pelbagai
|