Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>Koleksi / Direktori Penulis>Arena Wati

Sebuah Trilogi Tiga Genre

Sebuah Trilogi Tiga Genre
Judul : Sebuah Trilogi Tiga Genre
Harga : RM70.00
Nombor siri : 3352119
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Sebuah Trilogi Tiga Genre
Pengarang : Arena Wati
Penerbit : Utusan Publications & Distributors
Genre : Antologi Cerpen / Drama / Novel
Mukasurat : 722  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9676119490
(Kulit Nipis)

 

Nah, ini juga tidak terkecuali dalam trilogi terbaru beliau. Lalu, terbitnya trilogi ini bukan sahaja dinanti-nantikan, malah memberi khabar gembira kepada khalayak sastera di mana membaca trilogi ini mereka mendapat tiga genre hasil karya Arenawati. Mudah kata, mereka mendapat bonus ? 3 dalam 1 untuk sebuah karya terhasil daripada fikiran orang seperti Arenawati.

Antara Manusia ialah cerpen dengan memuatkan Siri Cerpen Kyoto Nova; Sangkoro; Jumpandang; Malindo dan Pulau Badi.

Paling menarik ialah Kepala Bapak Itu - drama lima babak yang menyentuh latar zaman pemerintahan bekas Presiden Indonesia, Suharto. Tetapi lebih menarik ialah novel Samira di mana ia adalah sanjungan atau harapan Arenawati terhadap golongan wanita. Beliau mengimpikan satu hari nanti wanita boleh memimpin negara. Mengambil latar dan kajian kes wanita lebih banyak kehebatannya, tidak mustahil golongan hawa itu boleh mentadbir negara.

??Satu-satunya kehebatan lelaki yang boleh dibanggakan ialah kerana ia penting untuk ?lahirkan? anak,?? ujar Arenawati dengan menyindir golongan adam tetapi menggunakan asas itu untuk menyanjung hawa dalam penulisan Samira.

Tidak banyak berbeza dengan trilogi terdahulu, iaitu dengan mengambil cerita berlatarbelakangkan banyak benua dan tentunya budaya ? dari Amerika ke Jepun dan Malaysia ? kali ini Arenawati tidak terlalu jauh menyoroti pergolakan hidup masyarakat.

Arenawati menggunakan politik sebagai latar cerita di dalam tiga genre ini yang menyentuh aspek budaya, akademik dan pergolakan antarabangsa. Ini dapat dilihat dalam siri-siri cerpen Antara Manusia menggunakan Jepun sebagai latar budaya tetapi mengaitkan dengan Malaysia; Drama Kepala Bapak Itu menghubungkan latar politik Indonesia dengan apa yang berlaku di dunia sekarang manakala Samira pula mengambil kira isu wanita semakin menguasai politik, sosial, budaya dan akademi.

Dan, Arenawati masih terbawa-bawa dengan hubungan perkahwinan ?seberang laut? kerana dalam cerpen Kyoto Nova, perkongsian hidup masyarakat Jepun dan Malaysia diolah dengan cukup baik sesuai dengan hubungan sejarah ? penakluk dan negara yang dijajah.

Menariknya, Siri Cerpen Jumpandang membawa pembaca betapa istimewa hubungan bahasa Malaysia?Indonesia menerusi cerita Baronang Losari, Balolang Mariso dan Warna-Warni Bunglon.

Pembaca tentunya bersetuju inti cerita hampir menyamai realiti yang berlaku di luar novel dan mereka lebih maklum, hubungan bahasa itu masih berlaku hingga ke hari ini.

Inilah kelainan Arenawati. Penguasaan sejarah Sasterawan Negara ini memberi kelebihan kepadanya untuk mengupas lebih dalam, seterusnya menghasilkan penceritaan berasaskan fakta dan galur sejarah.

Luar biasanya Arenawati kerana buah fikirannya yang ditumpahkan dari penanya itu adalah hasil strategi perahan keringat pengalaman, kudrat kembara dan penguasaan fakta sejarahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1225&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive


 

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us