|
Judul : Segala Yang Tercinta Ada Di Sana Penyelenggara : Nor Azah Abd. Aziz Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Antologi Cerpen Remaja Mukasurat : Cetakan Pertama : 2005
Antologi ini menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang telah meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004. Cerpen-cerpen tersebut merupakan buah tangan penulis muda tanah air - yang berpengalaman dan yang baru mencipta nama.
Karya-karya tersebut sarat dengan nilai motivasi dan bermanfaat bagi membantu pembinaan sahsiah, khususnya para remaja. Antara isu yang diangkat ialah cinta, perjuangan dan pengorbanan; persoalan iman; konsep tawakal dan falsafah ketuhanan; serta taubat dan usaha memperbaik diri. Cerpen-cerpen tersebut dipersembahkan secara berseni, berhikmah, diselitkan unsur humor, dihantar dengan bahasa yang mantap, menyentuh perasaan dan menguja daya taakulan.
"Segala Yang Tercinta Ada Di Sana", cerpen yang menjuduli antologi ini menuntun khalayak dengan syahdu, kembali kepada keindahan kehidupan bangsa Melayu yang terikat utuh dalam cinta kepada ilmu, agama, guru, dan masyarakat.
|