|
Judul : Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al Quran Pengarang : Mohd Yusuf Ahmad Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Ilmiah Mukasurat : 222 halaman Cetakan Ketiga : 2004 ISBN : 9831000811
Buku ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama mengenai hakikat Al-Quran. Bahagian kedua mengenai kaedah pendidikan dalam AI-Quran, dan Bahagian ketiga mengenai kaedah dan teknik pengajaran Al-Quran.
Dalam bahagian pertama ia dimulai dengan tajuk Mengenal Al-Quran. Ini bertujuan mengajak pembaca mengenal dan mengetahui hakikat dan kepentingan Al-Quran. Tanpa mengenalinya, mungkin kurang minat kita untuk mendekati, membaca dan menghayatinya. Fadilat Al-Quran yang dibawakan selepas itu bertujuan supaya kita lebih merasa senang dengan Al-Quran, sama ada membacanya, menghayatinya ataupun sekadar mendengar bacaannya.
Kemudian disusuli pula dengan Historiografi Al-Quran yang turut membincangkan mengenai sejarah penurunan, penulisan dan pembukuannya, selepas itu diikuti pula dengan Adab Membaca Al-Quran. Dengan demikian ia menjadi satu kerangka yang agak komprehensif, kerana ia menyentuh ilmu-ilmu Al-Quran ('Ulumul-Qur'an) secara menyeluruh tetapi ringkas.
Bahagian kedua membincangkan mengenai kaedah dan falsafah pendidikan yang dipetik daripada Al-Quran. Ini merupakan satu tajuk yang agak jarang diperbincangkan. Tujuannya ialah untuk mengajak pembaca, dari golongan pendidik khasnya dan seluruh kaum muslimin amnya, merujuk kepada AI-Quran dalam semua aspek kehidupan.
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal- hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.
Al-Quran bukan buku sains dan tidak pula buku sejarah, tetapi ia menyentuh semua perkara secara mujmal. Terserahlah kepada setiap individu dalam bidang masing-masing untuk membuat kajian dan rujukan. Dalam bidang pendidikan ia mengisyaratkan beberapa kaedah, teknik dan fa1safahnya sejak 14 abad yang lalu, dan dari falsafah itu pula lahirnya kurikulum. Justeru itu, menjadi satu alternatif kepada kaum pendidik untuk membuat kajian dalam bidang ini berasaskan Al-Quran. Bahagian akhir buku ini memperkenalkan tulisan Al-Quran yang diistilahkan sebagai Rasm Uthmany, serta cara membaca, belajar dan mengajarnya. Pendekatannya lebih kepada pelajar sekolah menengah mengikut ,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), kerana asalnya ia merupakan bahan kuliah kepada guru-guru pelatih. Walau bagaimana pun ia boleh digunakan bagi semua peringkat pengajian, sama ada dewasa ataupun murid-murid sekolah rendah dengan sedikit penyesuaian, kerana ia telah pun dicuba kepada golongan berkenaan dan didapati ada kesannya. Adalah diharapkan semoga buku kecil ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat Islam setempat dengan memuatkan maklumat-maklumat tertentu yang boleh menjadi bahan asas kepada pembaca untuk terus menggali perbendaharaan ilmu Islam, khususnya mengenai AI-Quran.
Kandungan
Bahagian 1 Mengenal dan Mendekati Al-Quran
Definisi Al-Quran Mengapa Al-Quran Diturunkan Kelebihan Al-Quran Nama-nama Al-Quran Bagaimana Al-Quran Diturunkan Bagaimana Wahyu Disampaikan Al-Quran Diturunkan Beransur-ansur Bagaimana Al-Quran Ditulis Al-Quran Diturunkan Tujuh Huruf Mengenal Mushaf Uthmany Adab-adab Membaca Al-Quran
Bahagian II Kaedah Pendidikan Dalam Al-Quran
Konsep Pendidikan Keberkesanan Pendidikan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran Kaedah Pendidikan dalam Al-Quran Tuntutan Pendidikan Al-Quran Mengenal Allah I1mu Mengenal Manusia dan Kemanusiaan I1mu Tanggungjawab I1mu Melaksanakan Perintah Allah Menyebarkan Agama Falsafah Pendidikan Al-Quran Pendidikan yang Syumul
Bahagian III Konsep dan Pelaksanaan Pendidikan A1-Quran
Sejarah Pendidikan Al-Quran Kuttab Sebagai Tempat Belajar Pendidikan Islam di Timur dan di Barat Penulisan Al-Quran Penulisan AI-Quran di Zaman Uthman bin Affan Kelebihan Belajar dan Mengajar Al-Quran Cara Membaca Al-Quran Membaca Al-Quran Berlagu Mengenal Rasm Uthmany Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Matlamat Pendidikan Al-Quran Kaedah Pengajaran Al-Quran Pemilihan Kaedah Langkah-langkah Pengajaran Al-Quran Ulasan dan Huraian Panduan dan Langkah-langkah Menghafaz AI-Quran Pendidikan AI-Quran Sepadu
|