0 kuantiti
Total Price:RM0.00
>IKSEP

Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955

Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955
Judul : Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955
Harga :
RM20.00
Nombor siri : 9832600022
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955
Pengarang : Dr Ramlah Adam
Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Genre :  Sejarah
Mukasurat : 47 halaman
Cetakan Pertama : 2003
ISBN : 9832600022


Pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. la adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihanraya merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai. Ternyata ia bukan dimulakan dan didesak semata-mata oleh National Convention Perikatan UMNO-MCA. la adalah kesedaran semua pihak orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

 Pilihanraya awal yang diadakan ialah di peringkat perbandaran. Ini dilakukan setelah Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada akhir 1950. Pilihanraya Bandaran 1951 yang diadakan pertama kalinya di Pulau Pinang adalah tindakan politik yang awal oleh British untuk menyerahkan kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu secara beransur-ansur. Pilihanraya bandaran ini semata-mata untuk memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah Melayu sebelum pilihanraya negeri dan persekutuan yang akan diadakan bagi memilih kerajaan sendiri. Pilihanraya bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Febuari 1952 pula bukan sahaja memberi pengalaman pilihanraya kepada para penduduknya tetapi turut memberi makna yang lebih daripada itu. Pilihanraya ini telah menyaksikan kelahiran satu kerjasama politik di antara parti-parti perkauman bagi melahirkan kejayaan dalam pilihanraya. Independence of Malayan Party (IMP) yang memulakan kerjasama dengan MCA dan MIC, telah mendapat tandingan daripada UMNO-MCA. Dengan kejayaan kerjasama yang dibuat di antara UMNO-MCA dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur itu, terbukalah satu alternatif baru kepada permasalahan politik Tanah Melayu itu.