0 kuantiti
Total Price:RM0.00
>Penerbit UM

Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Judul : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Harga :
RM18.00
Nombor siri : 3541125
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Pengarang : Md. Sidin Ahmad Ishak, Mohd Saleeh Rahamad
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 273 halaman
Cetakan Kelima : 2008
ISBN : 9831000625


Buku  ini membantu anda dari dua sudut. Yang pertama adalah untuk memahami dan menguasai peraturan serta prinsip-prinsip asas kenahuan yang melibatkan penggunaan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat. Yang kedua pula adalah untuk memahami dan menguasai cara bagi menghasilkan kesan yang terbaik bagi setiap wacana yang dihasilkan, dan ini melibatkan penekanan tentang tujuan, gaya dan strategi bahasa.

Bagi mencapai kedua-dua tujuan tersebut, anda dilatih untuk memahami konsep-konsep asas tentang nahu dan gaya dan bagaimana bentuk-bentuk nahu dan gaya itu digunakan. Nahu bermakna peraturan yang menyusun bahasa dan ia merupakan cara orang bertutur dan menulis. Retorik pula ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan, dan khalayak.

Buku ini disusun dalam lapan bab. Bab pertama menghuraikan hakikat bahasa, khususnya bahasa Melayu dalam konteks, kesedaran, keindahan, kecelaruan, kegunaan dan kepelbagaiannya. Bab ini menekankan betapa pentingnya kesedaran terhadap bahasa yang kita gunakan sebagai alat penting untuk berkomunikasi. Bab Dua, Tiga dan Empat adalah tentang prinsip nahu dari segi kata, imbuhan dan ayat. Peraturan dan penggunaannya dihuraikan di sini secara terperinci dan terpilih untuk membantu anda memahami penggunaan yang gramatis dan penggunaan yang tidak gramatis.

Bab Lima, Enam dan Tujuh berfokus pada penggunaan dan persembahan elemen-elemen bahasa. Konsep-konsep kata, frasa dan klausa dihuraikan dalam hubungannya dengan aspek semantik, stilistik, dan retorik. Pemahaman tentang bagaimana kata berfungsi, bahasa figuratif dan bagaimana ayat berfungsi membolehkan anda memilih strategi yang paling sesuai dan paling baik bagi bentuk, tujuan, dan khalayak penulisan anda.

Bab akhir buku ini memberikan tumpuan pada aspek mekanik iaitu tanda baca. Seperti tulisan, tanda baca merupakan sirnbol-simbol atau karakter yang mempunyai peraturan, makna, dan gaya dari segi penggunaannya. la tidak dapat dipisahkan daripada bahasa bertulis. Tanda baca bukanlah sekadar peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana nahu tetapi lebih daripada itu ia merupakan seni yang perlu dikuasai untuk mendapatkan kesan penulisan yang terbaik. Buku ini disusun untuk kursus penulisan dan sesuai untuk para pelajar yang ingin menguasai bahasa bagi tujuan pengucapan dan penulisan. Pelajaran yang dikemukakan dalam setiap bab dapat dijadikan panduan supaya anda dapat menggunakan peraturan bahasa yang betul dan supaya anda berfikir untuk membuat keputusan terhadap gaya dan strategi yang paling sesuai bagi penulisan dan pengucapan anda.

Kandungan

Pengenalan

Bab 1 Hakikat Bahasa
Kesedaran Terhadap Bahasa
Keindahan Bahasa
Kecelaruan Bahasa
Kegunaan Bahasa
Kepelbagaian Bahasa
Laras Bahasa
Bengkel Bahasa

Bab 2 Prinsip Penggunaan
Kata Morfologi
Pembentukan Kata
Golongan Kata
Bengkel Bahasa

Bab 3 Prinsip Penggunaan Imbuhan
Beberapa bentuk Huruf
Imbuhan Asing Dalam Bahasa Melayu
Pengimbuhan Kata Majmuk, Rangkai Kata, Kata Ganda
Hukum DM
Bengkel Bahasa

Bab 4 Prinsip Pembinaan Ayat
Ayat Dasar
Ayat Tunggal
Jenis Ayat
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Ayat Majmuk
Ayat Terbitan
Proses Peluasan
Bengkel Bahasa

Bab 5 Bagaimana Kata Berfungsi
Penggunaan Kata
Konteks
Prinsip Penggunaan Kata
Denotasi Dan Konotasi
Jenis Kata
Gaya Forrnal dan Tidak Forrnal
Bengkel Bahasa

Bab 6 Bahasa Figuratif
Metafora
Simili
Alusi
Personifikasi
Ironi
Sarkasme
Hiperbola Imageri
Bengkel Bahasa

Bab 7 Bagaimana Ayat Berfungsi
Binaan Ayat
Subjek Dan Predikat
Ayat Biasa Dan Ayat Songsang
Ayat Serpihan
Ayat Tesis Dan Ayat Topik
Ayat Kenyataan Dan Ayat Penilaian
Gaya Ayat
Ayat Bersiri
Ayat Selari
Ayat Seimbang
Ayat Berhierarki
Ayat Penegasan
Strategi Ayat
Membina Ayat Yang Berekonomi
Ayat Segar
Ayat Mudah Baca
Beberapa Masalah Penggunaan Ayat
Corak Ayat Dalam Perenggan
Bengkel Bahasa

Bab 8 Tanda Baca
Titik
Koma
Sengkang
Sempang
Elipsis
Kolon Dan Semikolon
Semikolon
Tanda Soal
Tanda Seru
Tanda Kurung
Kurungan Siku
Tanda Kurung Dakap
Tanda Petik
Tanda Petik Tunggal
Garis Miring
Tanda Pengikat
Penulisan Huruf
Huruf Condong
Bengkel Bahasa

Soalan Peperlksaan

Bibliografi