0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> A. Samad Said

Suara Dari Dinding Dewan

Suara Dari Dinding Dewan
Judul : Suara Dari Dinding Dewan
Harga :
RM33.00
Nombor siri : 2342133
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Suara Dari Dinding Dewan
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Antologi Puisi
Mukasurat : 138  halaman
Cetakan Pertama : 2003

Suara Dari Dinding Dewan - Sebuah Kumpulan Puisi Antara Dua Dekad

Antologi istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A. Samad Said yang terhasil antara dua abah terakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media, mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi, menjadikan terbitan ini edisi eksklusif.
Suara Dari Dinding Dewan lahir daripada inti rasa dan jernih kata yang dianugerahi oleh kagum dan gerunnya akan pembangunan yang kurang berimbang; benci dan kasihnya terhadap pemimpin yang gusar; gamam dan fahamnya akan peristiwa mencerut dan meledak; goyah dan marahnyaakan nasib bahasa yang separuh terbela separuh tercerca; resah dan bahagianyan di alam rohaniah; serat hanyut dan kembaranya dalam pelbagai masalah luar dan dalam negara. Sebagaimana selalu, puisi Samad banyak dicerna daripada peristiwa-peristiwa penting dan genting, tokoh-tokoh sasa dan jelata, dan puncak krisis tempatan dan dunia.
Dari antologi puisinya yang pertama, Liar di Api hinggalah puisi panjangnya, Al-Amin Samad telah melalui perjalanan zahir dan batin yang mematangkannya sebagai seorang seniman.