0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Kanak-kanak

Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak

Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak
Judul : Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak
Harga :
RM22.00
Nombor siri : 2342166
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak
Pengarang : Siti Eiasah Abd Rashid & Azam Md Atan
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Kanak-kanak
Mukasurat : 426  halaman
Cetakan Pertama : 2003
Cetakan Terkini : 2005
ISBN : 9676114642


Sup untuk santapan Rohani Kanak-kanak menghimpunkan cerita pendek, sajak, pantun, gurindam, esei dan kartun yang ditulis oleh pengetua, guru besar, guru, bekas guru dan murid- murid sendiri. Cerita-cerita pendek yang ditulis berdasarkan pengalaman, imaginasi, cita-cita dan harapan disampaikan secara ringkas dan menarik. Menyediakan bahan bacaan yang bermutu bagi kanak-kanak untuk membantu perkembangan sosioemosi yang baik. Hasil karya yang membawa pelbagai tema dengan bermacam gaya ini dapat membuka minda anak-anak ke arah pembentukan sikap yang positif dan berwawasan.

Sup ini juga membolehkan anggota masyarakat yang lain memahami diri anak-anak. Penerbitan buku ini dapat di anggap sebagai usaha awal dengan tujuan menambahkan hasil kesusasteraan untuk kanak-kanak di samping menyuburkan lagi minat membaca di kalangan anak-anak.
Jenis-jenis karya dihasilkan ialah kartun, esei, sajak dan cerita. Tema yang diketengahkan adalah pelbagai dengan gaya yang bermacam-macam. Pastinya anak-anak seronok membacanya. Antara tema-tema itu ialah kasih sayang anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya, kegigihan dan cabaran yang dihadapi bagi mencapai kejayaan serta tema-tema yang berkaitan dengan suka duka watak-watak dalam cerita yang boleh melahirkan perasaan insaf serta simpati. Latar cerita pula berdasarkan pelbagai tempat, yang boleh membantu anak-anak mengenali alam semesta. Cerita berlaku berlatarkan desa, bandar, felda dan juga di sekitar sekolah. Semua ini dijelaskan dalam bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh semua peringkat.

Hasil-hasil karya yang membawa pelbagai tema dengan bermacam gaya ini akan menjadikan ia seronok dibaca serta diharapkan dapat membuka minda anak-anak kearah pembentukan sikap yang positif bagi membina wawasan kehidupan ini agar lebih berjaya lagi.

Cerita-cerita yang dipaparkan pendek-pendek .Tidak ada masalah untuk anak-anak membacanya kerana masa yang digunakan tidak lama iaitu boleh dibaca semasa rehat sambil menghirup sup atau minum kopi.

Dengan paparan cerita oleh anak-anak sendiri, diharapkan dapatlah anak-anak memahami akan erti disiplin diri, mematuhi peraturan, mengamalkan sikap bekerjasama, bersatu serta gigih menguasai ilmu terutamanya sains dan teknologi dan dengan ini dapat menjadi anak-anak yang kreatif, kritis serta produktif. Ini adalah harapan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara untuk melihat anak-anak menjadi warga negara yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.

Alam persekolahan sungguh memberi kesan dalarn kehidupan anak-anak apakala dewasa. Alam persekolahan yang baik akan menentukan kejayaan apabila tamat persekolahan nanti. Sup ini merakamkan pelbagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Menjadikan kata lebih mesra, mengenali hati budi serta mengeratkan silatulrahim di kalangan warga sekolah.