|
Judul : SupermanKu Pengarang : Nanie Safwan Penerbit : KarnaDya Genre : Novel Remaja Awal Mukasurat : 158 halaman Cetakan Pertama: 2007 ISBN : 9834276184
Azim seorang budak kampung yang aktif. Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok, mandi sungai dan melastik burung. Meskipun pernah terserempak dengan makhluk ganjil yang menyerupai BIGFOOT, Azim tidak pernah gentar untuk teruskan aktivitinya itu.
Dia amat mengagumi watak SUPERMAN sehinggakan dia serih berangan-angan untuk menjadi seperti watak itu. Azim telah dihantar untuk belajar di bandar.
Azim merasakan yang ayahnya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke bandar. Sesuatu telah berlaku, dan peristiwa itulah yang menukarkan tanggapan azim terhadap ayahnya!
|