0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Undang-undang

Syariah Dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan

Syariah Dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan
Judul : Syariah Dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan
Harga :
RM27.00
Nombor siri : 2342140
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Syariah Dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan
Pengarang : Zaini Nasohah et all
Penerbit : Utusan Publications & Distributors
Genre : Undang-undang
Mukasurat : 283 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN :9676115355


Syariah Dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan merupakan kupasan terperinci beberapa isi penting menyentuh pelbagai aspek dalam perundangan Islam dan sivil. Perbicangannya mencakupi hampir keseluruhanperssoalan tentang peraturan kehidupan manusia daripada hal-ehwalkenegaraan hinggalah kepada isu-isu lain yang berkaitan dengan mahkamah, jenayah, tort, kepenggunaan, ekonomi, alam sekitar dan pewarisan. Karya ilmiah ini dihasilkan oleh para cendikiawan daripada pelbagai latar belakang seperti ahli akademik, pengamal undang-undang dan pakar perunding. Topik-topik dalam buku ini dikupas berdasarkan pendekatan perbandingan dengan melihat dari sudut syariat dan undang-undang sivil. Ia digarap dan dipersembahkan sebegitu rupa dalam usaha mencari resolusi terbaik ke arahperlaksanan perundangan Islam secara menyeluruh khususnya di Malaysia. Jesteru, idea dan ulasan bernas yang dilontarkan ini diharap dapat memberi kefahaman serta keyakinan kepada masyarakat tentang kesesuaian pemakaian syariat Islam secara komprehensif dan efektif.

Bagi memberi kemudahan kepada para pembaca, keseluruhan buku ini yang mengandungi 23 tajuk telah dibahagikan kepada limabahagiaan mengikut kesesuaian bidang yang dibahaskan iaitu:

-Kenegaraan dan Perlembagaan
-Kehakiman Islam
-Jenayah, Tort, Pengguna, dan Alam Sekitar
-Ekonopmi dan Kewangan
-Pewarisan dan Nasab

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang perundangan sama ada perundangan Islam atau sivil, dan bidang ekonomi sama ada Islam atau konvensional. Buku ini juga sesuai menjadi bacaan segenap peringkat pembaca yang berminat dengan isu-isu perundangan dan ekonomi semasa. Kehadiran buku ini merupakan satu lagi sumbangan kepada khazanah Islam.