|
Judul : Tadika Berkualiti Pengarang : Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, Bustam Kamri, Raja Hamizah Raja Harun Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre : Pendidikan Pra-Sekolah Mukasurat : 152 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376053
Buku ini mengupas aspek-aspek yang perlu dititikberatkan bagi menubuhkan tadika yang berkualiti. Sesuai bagi mereka yang ingin menubuhkan tadika, guru-guru prasekolah dan ibu bapa yang ingin memilih tadika yang berkualiti untuk anak-anak mereka.
Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada peringkat prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta. Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti pada mata masyarakat. Budaya ini tidak pernah memikirkan soal kualiti pendidikan yang perlu mengambil kira kesesuaian perkembangan kanak-kanak. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara.
Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum pendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual.
Kami berharap kupasan dan pemerhatian pada keperluan bagi menentukan tadika berkualiti ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan prasekolah. Prasekolah yang berkualiti dapat membantu kanak-kanak supaya bersedia bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.
Antara aspek yang dikupas di dalam buku ini: - Statistik, akta yang berkaitan dan latihan perguruan prasekolah. - Memahami murid-murid prasekolah daripada segi perkembangan bahasa, kognitif, sosioemosi, fizikal dan kreativiti. - Kurikulum serta kaedah-kaedah penyampaian yang digunakan. - Etika guru prasekolah, penubuhan dan pendaftaran.
Turut disertakan panduan dan borang senarai semak bagi ibu bapa memilih tadika berkualiti untuk anak-anak mereka.
Kandungan
Bab 1 Pembentukan Tadika Berkualiti Statistik Prasekolah Tadika dalam Akta Pendidikan 1996 Kurikulum Latihan Perguruan Rumusan
Bab 2 Mengenali Murid Prasekolah Perkembangan Bahasa Perkembangan Kognitif Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal Kreativiti Berdasarkan Lukisan Rumusan
Bab 3 Kurikulum Prasekolah Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kaedah Penyampaian Penggunaan Teknologi Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Ruang Pembelajaran Isu Perlaksanaan Rumusan
Bab 4 Etika Guru Prasekolah Ciri Keperibadian Guru Kemahiran Guru Peranan Guru Ciri-ciri Guru Prasekolah Rumusan
Bab 5 Penubuhan dan Pendaftaran Keperluan Agensi Rumusan
Bab 6 Pemilihan Tadika Berkualiti Pemilihan Tadika Berkualiti Keputusan anda Senarai semak Borang Senarai Semak Instrumen Penilaian Kualiti Pengajaran Panitia Pendidikan Prasekolah
Bab 7 Lampiran Lagu ?Anak Ayam? Rujukan
|