|
Judul : Tatabahasa Arab Dan Pembinaan Hukum Daripada Al-Quran Pengarang : Kamarul Shukri Mohd Teh Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Esei Mukasurat : 159 halaman Cetakan Kedua : 2005 ISBN : 9831002555
Bahasa adalah satu perkara yang sangat penting dalam proses perundangan. Penggubalan enakmen dan undang- undang dilakukan dengan penggunaan bahasa yang mantap dan tepat. Melalui bahasa jugalah sesuatu undang-undang itu ditafsir dan diperincikan.
Buku ini cuba melihat sejauh mana tatabahasa Arab mempengaruhi proses pembinaan hukum fikah yang bersumberkan al-Quran al-Karim. la akan menjelaskan betapa al-Quran itu sebagai sumber utama perundangan Islam, manakala tatabahasa Arab pula adalah wasilah ke arah pembinaan perundangan tersebut.
Penulisan buku ini juga dirangsangkan oleh semangat ingin tahu apakah bentuk perhubungan yang terjalin di antara bahasa Arab dan al-Quran al-Karim yang merupakan komponen asas ke arah pembentukan disiplin ilmu Tatabahasa dan Fikah. la turut memberi penumpuan terhadap kepentingan bahasa Arab dalam menjayakan gagasan al-Quran melalui lorongan pentafsiran. Ini diikuti dengan tinjauan bidang perundangan Islam serta perkaitannya dengan bahasa Arab. Semasa mengupas peranan serta pengaruh unsur tatabahasa Arab dalam pengeluaran hukum, perselisihan pendapat para fukaha dalam sesuatu masalah fikah yang berasaskan perbezaan pendapat dalam tatabahasa Arab akan dikemukakan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kajian amali yang bersifat analisis ketatabahasaan ke atas ayat-ayat hukum yang terdapat dalam Surah al-Baqarah.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam, khususnya kepada pencinta bahasa al-Quran dan para ilmuwan. Buku ini juga diharap dapat menambahkan koleksi karya yang mengupas keagungan al-Quran dan keunikan bahasa Arab. la adalah usaha kecil dari penulis dalam mempertahankan bahasa Arab, al-Quran al-Karim dan agama Islam yang suci. Kamarul Shukri Mohd Teh Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin Terengganu Darul Iman
PENDAHULUAN
BAB 1 HUBUNGAN ANTARA BAHASA ARAB DENGAN AL-QURAN Pengenalan Definisi al-Quran al-Karim Bahasa Arab Sebagai Bahasa al-Quran Hubungan Dua Hala Sumbangan al-Quran terhadap bahasa Arab Peranan bahasa Arab memartabatkan al-Quran
BAB 2 BAHASA ARAB DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN Pengenalan Definisi Tafsir Kepelbagaian Wajah Tafsir Bahasa Arab Syarat Pentafsiran Metode Para Sahabat Perkataan Arab yang sejahtera Syair diwan Arab Lorongan balaghah dalam tafsir Aliran Pentafsiran Bahasa Kitab Gharib al-Quran Kitab Tafsir Nahw Kitab Tafsir al-Bayan
BAB 3 JALINAN ANTARA BAHASA ARAB DENGAN TASHRl' Pengenalan Definisi Shara' dan Tashri' Bahasa Arab Sebagai Bahasa Perundangan Faktor pemilihannya sebagai bahasa perundangan Kemahiran Ilmu Bahasa Arab Syarat Ijtihad
BAB 4 UNSUR-UNSUR TATABAHASA DAN PENGELUARAN HUKUM FIKAH Pengenalan Antara Tatabahasa dengan al-Nahw Definisi al-Nahw Definisi Fikah Tatabahasa Arab Teras Pembinaan Hukum Fikah Pengaruh Usul al-Fiqh terhadap Usul al-Nahw Kesan tatabahasa terhadap pengeluaran hukum fikah Fatwa ulama berdasarkan tatabahasa Unsur Tatabahasa yang Mempengaruhi Hukum Fleksi Partikel Ma'ani Ayat gramatis
BAB 5 KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH Pengenalan Partikel Genetif Partikel Lam Partikel Ila Partikel Hatta Partikel 'Atf Partikel Fa' Partikel Waw Partikel Aw Anasir Struktur Ayat Gramatis Ganti nama Alif Lam Ma'rifah Kata kerja Kana Kata keterangan Hal Penyandaran atau Idafah Na't Bilangan atau 'Adad Ayat suruhan dan larangan
PENUTUP RUJUKAN INDEKS
|