Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Komunikasi/ Kewartawanan

Teknik Wawancara

Teknik Wawancara
Judul : Teknik Wawancara
Harga : RM25.00
Nombor siri : 3251149
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Teknik Wawancara
Pengarang : Jeniri Amir
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Pengurusan
Mukasurat : 264 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 983-3376-30-4


Panduan untuk wartawan, penyiar TV, Dj radio dan penyelidik menyelongkar dan masuk ke dalam fikiran dan perasaan sumber yang ditemui.

Wawancara dianggap inti dalam dunia kewartawanan, penyiaran dan penyelidikan. Kaedah mewawancara membolehkan kita mendapatkan banyak maklumat dan fakta berkaitan isu dan topik yang hendak dihasilkan. Sejak lebih 150 tahun lalu, mewawancara menjadi sebahagian daripada kaedah ?kewartawanan baru? di Barat. Berita, rencana, laporan TV, radio, akhbar dan majalah yang kita ikuti setiap hari, sebahagian besarnya diperoleh melalui wawancara. Berita itu menjadi lebih segar, menarik dan bernyawa dengan adanya anekdot, kutipan dan maklumat daripada sumber yang diwawancara; tidak kira sama ada mereka orang ternama, selebriti, nelayan ataupun pengemis di kaki lima.

Buku ini dihasilkan bagi membantu melahirkan wartawan, penyiasat, penyelidik, pelajar serta penyiar TV dan radio yang hebat. Di atas kesedaran tiada buku seumpamanya dalam bahasa Melayu di negara kita, maka timbul kesedaran bagi menghasilkannya. Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman mewawancara sekurang-kurangnya 500 orang sumber. Ia juga berdasarkan pengalaman penulis sebagai sumber yang diwawancara oleh wartawan TV, radio dan media cetak selama lebih 20 tahun, serta pengalaman sebagai pensyarah komunikasi di universiti. Bagi memantapkan lagi kandungan buku ini, wawancara turut diadakan dengan wartawan pelbagai organisasi media di negara ini dan di Indonesia.

Kemahiran dan pengalaman dalam teknik mewawancara perlu terus ditingkatkan. Kita belajar melalui kesalahan dan kesilapan. Kejayaan kita dalam hidup dan kerjaya sebahagiannya ditentukan melalui bagaimana kita berinteraksi dan bersoal jawab dengan orang lain. Kemahiran mewawancara, khususnya menyoal membantu kita dalam menjalin dan memperluas rangkaian persahabatan dengan orang lain. Itulah sebabnya dalam bahagian awal buku ini dijelaskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh pewawancara. Percayalah, apabila anda dapat menguasai kemahiran yang disampaikan di dalam buku ini, anda boleh menjadi wartawan, penyiar, penyiasat, pelajar dan penyelidik yang hebat.

Kandungan

Pendahuluan
1. Pewawancara Handal
2. Meneroka Sumber
3. Keperluan dan Penggunaan Kaset
4. Penyelidikan
5. Apakah Wawancara?
6. Mengenal Pasti Isu atau Tokoh Profil
7. Tujuan Wawancara
8. Jenis-jenis Wawancara
9. Mendapatkan Temu Janji
10. Mengatur Wawancara
11. Merancang Wawancara
12. Sesi Wawancara
13. Dunia Seribu Soalan
14. Teknik Menyoal
15. Berhadapan dengan Subjek
16. Menamatkan Wawancara
17. Sumber Degil
18. Petikan Bernyawa
19. Anekdot
20. Temu Duga Bersemuka
21. Kumpulan Berfokus
22. Sidang Akhbar
23. Wawancara TV dan Radio
24. Wawancara Telefon
25. Wawancara E-mel
26. Soal Jawab
27. Wawancara Personaliti
28. Soalan Cepu Emas
29. Sepuluh Komandmen
30. Senarai Semak

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us