|
Judul : Teknologi Melayu : Konsep Dan Bibliografi Penyelenggara : Nuwairi Hj. Khaza'ai Penerbit : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Genre : Budaya Mukasurat : 198 halaman Cetakan Pertama : 2004 ISBN : 9832085691
Buku ini melihat kepentingan penerokaan terhadap bidang teknologi dengan memberi tumpuan kepada teknologi Melayu. Dengan itu, satu projek penyelidikan telah dijalankan. Kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri memandangkan teknologi sudah menjadi darah daging bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai teknologi-teknologi mereka sendiri. Oleh itu, mereka mampu menerokai alam sekitar merangkumi lautan dan daratan. Salah satu daripada aktiviti projek ini ialah untuk membina dan menyusun bibliografi berhubung dengan teknologi Melayu. Hasilnya, bibliografi teknologi Melayu berjaya diusahakan yang mencakupi penyelidikan sehingga pertengahan tahun 2003. Persoalan yang timbul ialah mengenai teknologi Melayu yang masih belum terusik sepenuhnya oleh pengkaji terdahulu dan kini, dan juga tiada usaha pengumpulan yang dilakukan secara kolektif. Teknologi kayu tinggal pada kayunya, teknologi rotan tinggal pada rotannya dan teknologi tembaga tinggal pada tembaganya. Tidak ramai masyarakat tempatan yang mengetahui dan memanfaati warisan teknologi Melayu ini. Moga - moga dengan penghasilan buku ini, sedikit sebanyak membuka mata masyarakat Melayu dan masyarakat luar tentang kekayaan khazanah ini yang harus dipertahankan dan diteliti.
Kandungan
1. Konsep Teknologi Pendahuluan Teknologi Tradisi dan Moden Teknologi Melayu Teknologi dan Budaya Kebendaan Teknologi dan Islam Teknologi dan Kehidupan Proses Pembuatan Proses Pembelajaran Ekspresif dan Simbolik Teknologi dan Persekitaran Teknologi dan Budaya Industri ' Cottage ' Nilai-nilai Sosial Dalam Teknologi Melayu
2. Teknologi Melayu Pendahuluan Teknologi Binaan Tekstil Anyaman Teknologi Dalam Kegiatan Cari Makan Makanan, Minurnan dan Sebagainya Pertukangan Logam Seni dan Mainan
3. Teknologi dan Budaya Pendahuluan Teknologi Tradisi dan Perubahan Pembangunan Teknologi Teknologi Global Teknologi Larnbang Sosial Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Moden
4. Teknologi dan Pembangunan Pendahuluan Teknologi Perubatan Pembangunan Individu Teknologi dan Perlakuan Teknologi Tradisi dan Teknologi Moden Nilai-nilai Sosial dan Teknologi Teknologi dan Budaya Teknologi Pemikiran Rasional Teknologi dan Seni Teknologi dan Ekologi Teknologi dan Kepercayaan Warisan Kes Teknologi Tradisi: Rumah Melayu
Bibliografi
Umum Alat Produktif Bekas Pengisi Makanan Dan Perubatan Muzik Dan Permainan Pakaian Dan Perhiasan Pengangkutan Ragam Hias Senjata Tempat Perlindungan / Ibadat
|