Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
1515
Impian Tsu Ryi
Farris Putera Yang Hilang
Odisi Tanah Kencana
Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang
Adat Merentas Zaman
Mencari Locus Standi
Bukan Legasi Lalang
>Koleksi / Direktori Penulis>Fatimah Busu

The Missing Piece (Bah. 2)

The Missing Piece (Bah. 2)
Judul : The Missing Piece (Bah. 2)
Harga : RM60.00
Nombor siri : 2148115
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : The Missing Piece (Bah. 2)
Penulis : Fatimah Busu
Penerbit : Citra Kurnia Ent.
Genre : Novel
Mukasurat : 884 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 983414699x


Ia merupakan sambungan daripada The Missing Piece Bah. 1. Segala persoalan dalam The Missing Piece Bah. 1 akan terjawab dalam The Missing Piece Bah. 2 ini. 

The Missing Piece Bahagian II karya Dr Fatimah Busu menghanyutkan pembaca dengan perjuangan hidup Imrah untuk memulihkan suami tersayang, Lawrance, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangan sebelum akhirnya dijemput Ilahi.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Imrah dan iparnya bagi membolehkan Lawrance berjalan seperti sedia kala se­hingga memanggil pakar saraf dari Israel dan refleksologi dari China tetapi segala-galanya sia-sia.

Kurang dua tahun Lawrance @ Joehari berpulang ke Rahmatullah, Imrah dipertemukan semula dengan Charlie, pemuda Cina yang duduk bersebelahan dengannya dalam kereta api malam yang membawa mereka dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Charlie menggunakan kesempatan pertemuan semula dengan Imrah selepas 20 tahun berpisah kerana Imrah kembali semula ke pangkuan Lawrance untuk mencurahkan isi hatinya yang terpendam sejak sekian lama.

Lamaran Charlie menyebabkan Imrah serba salah kerana sayangnya kepada Lawrance masih bertamu dan dalam masa yang sama simpatinya kepada Charlie melimpah ruah kerana setia menanti.

Sepanjang pemergian Lawrance, Adik, hasil perkongsian Imrah bersama Lawrance yang menuntut di sekolah tahfiz di Gombak turut berusaha menjodohkan ibunya dengan seorang ustaz pilihannya.

Imrah yang resah kerana menyangka Adik akan terkejut dengan keputusannya untuk bernikah dengan Charlie reda apabila anak lelakinya itu menerima keha­diran Charlie dengan hati terbuka.

Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari menimpa rumah tangga Imrah bersama Charlie yang akhirnya termakan hasutan abangnya yang memalsukan gambar Imrah bersama lelaki lain.

Charlie yang tertekan apabila melihat gambar terbabit sehingga terkeluar perkataan perempuan sundal dan jalang serta perkataan cerai daripadanya, enggan mengakui anak dalam kandungan Imrah menghalaunya keluar.

Apakah Charlie akan berbaik semula dengan Imrah dan apakah Charlie akan mengikuti jejak langkah Lawrance akan diketahui dengan membaca novel terbitan Citra Kurnia Enterprise setebal 884 halaman ini.

Sumber : Berita Harian

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2009. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us