|
Judul : Tip Menjadi Individu Menarik Pengarang : Dato' Dr. Mohd Fadhilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar Penerbit : PTS Publications & Distrbutors Genre : Motivasi Pembangunan Diri Mukasurat : Cetakan Pertama : 2005 Cetakan Kelima : 2007 ISBN : 9833372147
Buku ini bakal menyelesaikan cabaran besar ramai orang iaitu bagaimana hendak memilih personaliti menarik. Ia juga mendedahkan pandangan wanita pada lelaki yang menarik dan pandangan lelaki pada wanita yang berpewatakan mulia.
Buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri. Individu itu dikatakan menarik apabila mereka cantik dan tampan dari dalam diri. Buku ini juga menjelaskan bagaimana fenomena jatuh cinta berlaku. Ia juga menyimpulkan konsep menarik pada pandangan Tuhan. Ia menawarkan tip dan teknik praktikal bagaimana membina personaliti menarik.
Buku ini sesuai dibaca oleh individu yang ingin mengetahui tip dan teknik bagaimana hendak memiliki perwatakan dan personaliti yang menarik.
Tahniah kerana kita mula membaca buku ini. Sama ada kita beli, pinjam, dapat hadiah daripada kekasih ataupun secret admire ataupun sekadar baru belek-belek di kedai buku, apa yang penting kita berlaku adil kepada diri kita kerana berusaha mengetahui teknik, tip dan cara bagaimana menjadi individu menarik. Sekiranya kita mula berminat membelek, membuka dan membaca buku ini, ia bermakna kita menghargai peluang dan kesempatan yang Tuhan berikan bagi mendapat sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita.
Ramai orang bertanya bagaimana ingin menjadi individu menarik. Antaranya mereka bertanya:
" Adakah kecantikan rupa paras ataupun kecantikan peribadi?" " Adakah kita perlu mengaku kita seorang yang menarik, senyap ataupun kita menafikannya?" " Adakah menjadi individu menarik penting dalam kejayaan seseorang?" " Adakah saya seorang yang menarik?" "Apakah definisi cantik dan menarik yang sebenar?" "Adakah sama definisi menarik pada seorang lelaki dan perempuan?" "Siapakah manusia yang paling menarik?"
Ramai yang mahu menjadi seorang yang menarik. Maka mereka membelanjakan wang yang banyak bagi membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Ramai orang yang pergi ke gim untuk menjaga kesihatan. Lebih daripada itu ia bertujuan menjadi lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu, banyak produk melangsingkan badan di pasaran. Mereka mengambil produk itu untuk kesihatan dan juga impian supaya dilihat lebih cantik dan menarik.
Ramai orang yang mementingkan fesyen pakaian, rambut dan lain-lain aksesori tambahan. Lebih hebat lagi ada orang yang menjalani pembedahan plastik bagi mendapat bentuk bahagian badan tertentu yang menarik. Mereka menghabiskan wang dengan banyak bagi tujuan-tujuan itu. Apabila seorang memiliki penampilan fizikal yang menarik tetapi begitu negatif dan berfikir secara tertutup, mereka menjadi orang yang membosankan.
Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Kita mungkin pergi menjelajah ke bulan ataupun mendaki gunung Everest supaya menjadi orang yang menarik. Kita mungkin jatuh cinta dengan Siti Nurhaliza supaya menjadi lebih menarik.
Kita boleh menjelajah mengelilingi dunia berbasikal bagi menjadi orang yang menarik ataupun tidur dengan ribuan kala jengking dalam usaha memecahkan rekod dunia bagi menjadi orang yang menarik. Sekiranya kita mahu melakukan perkara seperti itu, ia terserah kepada kita. Tetapi hakikatnya adalah kita dapat menjadi orang yang menarik dengan melakukan perkara yang biasa sahaja.
Kandungan
Bahagian 1 : Definasi Menarik Tip 1 Faktor Fizikal Tip 2 Faktor Material Tip 3 Batu Azimat dan Susuk Tip 4 Faktor Jawatan Tip 5 Faktor Luar Biasa Tip 6 Faktor Populariti Tip 7 Faktor Pandai Bercakap Tip 8 Faktor Suara Tip 9 Faktor Pendidikan Tip 10 'Seksi' untuk Jadi Menarik Tip 11 Daya Penarik Khalayak Besar
Bahagian 2 : Lelaki yang Menarik daripada Pandangan Wanita Tip 12 Kemas Tip 13 Kebijaksanaan Emosi Tip 14 Dia Seorang yang 'Gentlemen' Tip 15 Keyakinan Diri Tip 16 Berjiwa Romantik Tip 17 Sifat Seorang Pendidik
Bahagian 3 : Wanita yang Menarik daripada Pandangan Lelaki, Tip 18 Sifat dan Tingkah Lakunya Lembut Tip 19 Ada Sifat Kebudakan Tip 20 Manja Tip 21 Ada Sifat Keibuan dan Penyayang
Bahagian 4 : Ketampanan dan Kecantikan dari Dalam
Tip 22 Olay Total Effect atau SK-II Tip 23 Jagalah Hati Jangan Kau Kotori Tip 24 Konsep Diri Individu Menarik
Bahagian 5 : Bagaimana Lelaki dan Wanita saling jatuh Cinta Tip 25 Cinta Itu Ada Banyak Pintu Tip 26 Cinta Pandang Pertama Tip 27 Bagaimana Chemistry Seorang Berfungsi? Tip 28 Wanita dan Bapa Mereka
Bahagian 6: Tip-tip Menjadi Individu Menarik Tip 29 Kecantikan dan Ketampanan Sosial Tip 30 Berjenaka Tip 31 Mudah Mesra Tip 32 Sayangi Orang Lain Seperti Kita Menyayangi Diri Kita Tip 33 Senyum Tip 34 Mata yang Senyum Tip 35 Mata Tidak Pandai Menipu Tip 36 Bahasa Senyum Tip 37 Kemahiran Memuji Tip 38 Puji di Khalayak Tip 39 Nasihat dengan Bijaksana Tip 40 Selalu Bersetuju Tip 41 Jangan Suka Berdebat Tip 42 Teknik Menarik Perhatian Tip 43 'Happy Birthday to You' Tip 44 'Mengorat' Bakal Bapa Mertua Tip 45 Gaya Berjalan Seorang 'Gentlemen' Tip 46 Gaya Jalan Ali Baba Tip 47 Kemahiran Berbual Tip 48 Jenis-jenis Bahasa Tip 49 Hargai Kepandaian Orang Lain Tip 50 Syok Sendiri Tip 51 Jangan Cerewet Tip 52 Ucap Terima Kasih Tip 53 Kemahiran Bertanya Soalan Tip 54 Ucapan Pengenalan Tip 55 Pupuk Tabiat Membaca Tip 56 Buatlah Jurnal Peribadi Tip 57 Kemahiran Mendengar Tip 58 Muzik Paling Merdu Tip 59 Memaharni Kuasa Bahasa Badan Tip 60 Bahasa Bersalaman Tip 61 Bahasa Renungan Mata Tip 62 Teknik Cerminan Tip 63 Penampilan Kita Tip 64 Berjiwa Besar Tip 65 Kecantikan Budi Tip 66 Merendah Diri Tip 67 Jadi Inspirasi Tip 68 Tingkatkan Pengetahuan Umum Tip 69 Kecantikan Lelaki pada Pemikirannya Tip 70 Jangan Jadi Sempuma Tip 71 Tulis Maklumat Peribadi Tip 72 Bina Wawasan Diri Tip 73 Fenomena Siti Nurhaliza
Bahagian 7 : Menarik yang Hakiki Tip 74 Manusia paling Menarik Tip 75 Dua Sumber Cahaya Wajah Tip 76 Adakah Daya Penarik itu Kekal? Tip 77 Majlis Pengkebumian Siapa?
Biodata Penulis
|