Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kuras-Kuras Kreatif
Salam Maria
Ayat-ayat Cinta
Tawarikh Cinta
Apa Kau Cari?
Setitis Embun Semarak Api
Harga Sebuah Maruah
Tukcai
Mahabbah
>Koleksi / Direktori Penulis>Mana Sikana

Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu

Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu
Judul : Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu
Harga : RM30.00
Nombor siri : 3653118
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu
Pengarang : Mana Sikana
Penerbit : Pustaka Karya
Genre : Sastera
Mukasurat : 337  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789834243050


    Buku ini diberi nama Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu, dan ia berupa sebuah buku intertekstual. Dalam sepanjang hayat sastera Melayu baik yang tradisional, moden dan pascamoden kita menemui tokoh-tokoh yang telah menghasilkan karya-karya besar.

    Dalam zaman sastera tradisional kita menemui beberapa teks yang unggul, seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kedua-dua teks-teks ini telah diterima sebagai teks yang unggul. Begitu juga sastera kita dihadiahkan dengan beberapa nama agung seperti Tun Sri Lanang, Tun Bestari dan Hamzah Fansuri. Tun Sri Lanang yang menghasilkan Sejarah Melayu itu, Tun Bestari menulis Hikayat Hang Tuah dan Hamzah Fansuri menghasilkan sejumlah teks-teks puisi mistik.

    Begitu juga dalam tradisi sastera Melayu moden, muncul beberapa tokoh yang unggul dalam setiap genre penulisan. Tokoh-tokoh itu ialah Keris Mas, Masuri S.N., Usman Awang, Shannon Ahmad, Kassim Ahmad, A. Samad Said, Yahaya Ismail, Muhammad Haji Salleh, Suratman Markasan, Noordin Hassan, Hashim Awang, S.Othman Kelantan dan Zakaria Ariffin.

    Saya sengaja namakan buku ini sebagai sebuah buku intertekstual; maksud saya ialah kebanyakan tulisan yang diterbitkan dalam buku ini, sudah disiarkan di merata-rata terbitan, buku, majalah dan jurnal yang lain. Saya kumpulkan kesemua tulisan itu, dengan mengalami beberapa proses lekstualiti, seperti penyesuaian, penambahan, pengguguran dan sebagainya.

    Saya telah menggunakan beberapa kriteria pemilihan mengapa seseorang tokoh atau teks itu dimasukkan ke dalam buku ini.
?   Berdasarkan prinsip dan kriteria teori teksdealisme
?   Kepernahan menerima anugerah
?   Mewakili setiap genre
?   Mencipta zamanya
   
    Tokoh-tokoh yang dipilih itu, daripada aspek kepengarangan dan teks-teks yang telah mereka hasilkan telah saya dekati dan analisis dengan teori teksdealisme, dan pernah tersiar. Di samping itu kriteria penerimaan anugerah hanyalah sebagai tambahan sahaja, ia bukan mutlak. Bagaimana pun pemilihan ini, juga berdasarkan pada genre; setiap genre itu saya memilih antara dua atau tiga orang. Pun kita dapati ada beberapa pengarang yang menghasilkan beberapa buah genre. Mencipta zaman sebagai kriteria, adalah berteraskan, bahawa tokoh atau teks yang unggul itu biasanya akan membekas atau mencipta zamannya.

    Buku kecil ini juga dihasilkan dalam hasrat untuk memberi penghormatan dan memuliakan tokoh-tokoh dalam sastera kita. Dalam kegiatan dan aktiviti mereka sebagai pengarang, mereka telah menyumbang pemikiran, tenaga, kreativiti, masa dan sebagainya demi untuk kesusasteraan. Mereka telah mencipta zaman dan puncak-puncak penciptaan, semua itu akan membekas dalam sejarah perkembangan kesusasteraan tanah air.

Mana Sikana
Jabatan bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Singapura


Kandungan

Kata Pengantar

1. Tun Sri Lanang Sejarah Melayu. Pendahuluan
Sebagai Teks Unggul
Konsep Pengarang
Pernilaian Berbeza
Studi Budaya
Mengagungkan Sultan
Perjanjian Klassik
Unsur-unsur Pengaruh
Kekuatan Islam
Kesimpulan

2. Tun Bestari Hikayat Hang Tuah.
Pendahuluan
Citra Kegagahan
Simbol Wira Melayu
Susur dan Alur
Tokoh dan Manusia
Jebat Protaganis
Raja dan Kerajaan
Kesimpulan

3. Hamzah Fansuri Sebuah Legasi.
Pendahuluan
Latar Sejarah
Karya Hamzah Fansuri
Kedudukan Hamzah Fansuri
Konsep Wujudiah
Sumbangan Hamzah Fansuri
Bapa Sastera Moden
Kesimpulan

4. Keris Mas Keris Melayu
Pendahuluan
Aspek Penghadiran
Sebjektiviti Bahantara
Perlangaran dan Pengukuhan
Manusia Melayu
Individualisme Keris Mas
Kemuncak Kedua
Kesimpulan

5. Masuri S.N. Sasterawan Unggul
Pendahuluan
Latar Masuri S.N
Tema Awan Putih
Masuti S.N. Dalam Cerpen
Pemikiran Pengarang
Sumbangannya
Kesimpulan

6. Usman Awang Sebuah Legenda
Pendahuluan
Menjejaki Teks-teks Drama
Pengagungan Jebat
Kaedah Perwiraan
Pengukuran Penskripan
"Tamu di Bukit Kenny"
Aspek Perlanggaran
Aspek Pengukuran
Kepengarangan
Kesimpulan

7. Shahnon Ahmad Tokoh Terbilang
Pendahuluan
Latar Shannon Ahmad
Subjektiviti Shannon
Aspek Penghadiran
SebuahTeks Perlanggaran
Sastera Islami
Teks Idealistik
Hidup Melayu
Teks Pascamoden
RealismeMagis
Keunggulan Shahnon
Kesimpulan

8. Kassim Ahmad Pengkritik Idealistik
Pendahuluan
Latar Diri
Sumbangan Kritikan
Kritikan Realisme Sosialis
Kritikan Kassim Ahmad
Sumbangan Karya
Kepentingan Kritikan Kassim Ahmad
Kesimpulan

9. A. Samad Said Unggul Cemerlang
Pendahuluan
Salina
Aplikasi Psikoanalisis Lacan
Unsur Pembaharuan
Keterpisahan Khalayak
Kesimpulan

10. Yahaya lsmail Teguh dan Kukuh
Pendahuluan
Latar Diri
Latar Sastera 1960-an
Sumbangan Yahaya lsmail
Kepentingan Kritikan Yahaya  lsmail
Kesimpulan

11. Muhammad Haji Salleh yang Melayu
Pendahuluan
Intelektualisme
Analisis Aksara Usia
Kesimpulan

12. Suratman Markasan Lambang dan Lantang
Pendahuluan
Latar
Puisi-puisi Suratman
Novelis yang Lantang
Kesimpulan

13. Noordin Hassan Fitrah dan Kudrah
Pendahuluan
Drama Absurd
Dramatis Istimewa
Menjadi Suara
Keperibadian dan Kepengarangan
Drama Muzika
Membina Stail
Penggukuhan dari Pengekalan
Rekacipta Individual
Kehadiran Pelbagai
Kesimpulan

14. Hashim Awang Kritikawan Unggul
Pendahuluan
Latar Diri
Latar Sastera 1970-an
Sumbangan Kritikan
Mendekati Pangkadeahan Melayu
Karya-karya Penting
Kepentingan Kritikan
Kesimpulan

15. S.Othman Kelantan yang Juara
Pendahuluan
Kepalsuan Masa Silam
Taktik Dramatik
Islam
Desire of Desire
The Bad and the Ugly
Teks Kukuh
Re-birth of Text
Kesimpulan

16. Zakaria Ariffin Sebuah Kanon
Pendahuluan
Penyelamat Drama
Raja Lawak
Budaya Melayu
Berani Mengkritik
Kesimpulan

Bibliograpi

Indeks



 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us