Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)
>Koleksi / Direktori Penulis>Arena Wati

Warna Sukma Usia Muda

Warna Sukma Usia Muda
Judul : Warna Sukma Usia Muda
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 3352117
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Warna Sukma Usia Muda
Pengarang : Arenawati
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Novel
Mukasurat : 411  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676427226


Buku ini adalah kisah pelayaran anak muda bernama Abdul Rahim Daeng Massare yang menongkah arus dan lautan luas, mengharungi gelombang biru dan merentas sempadan negara dengan mengemudi Sukma Bayu belayar ke seantero Nusantara. Nakhoda Abdul Rahim mula mengemudi Sukma Bayu ketika belasan tahun, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan di banyak negara. Beliau begitu akrab dengan adat resam pelbagai bangsa hasil penjelajahannya di Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi, Laut Flores, Laut Banda, Laut Maluku, dan Laut Andaman; setiap selat telah dilayarinya termasuklah Selat Melaka, Selat Karimata dan Selat Makasar.
 
Kini Laut adalah darah dagingnya - hujan dan ribut, ombak dan badai, taufan dan gelombang dapat ditempuhi. Pelayarannya bukan hanya dilambung gelombang, dipukul ribut atau merempuh karang di lautan. Semasa Perang Dunia Kedua Nakhoda Abdul Rahim terpaksa belayar di celah-celah taburan periuk api di lautan yang telah meletupkan banyak kapal dagang selain serangan orang laut yang mahukan wang ringgit dengan cepat. Pada masa yang sama dirinya terjerat dalam peperangan jiwa yang bergelojak, bermain dengan hati muda hingga terpaut dengan perasaan cinta dan kasih pada seorang gadis.
 
Tetapi kasih sayang yang suci itu tenggelam kerana cita-cita murninya yang berpegang pada prinsip dan jati diri, berbekalkan kiat dan kaifiat I Lolo Bayo bersandarkan amal dan iman. Jiwanya yang memberontak inginkan kedamaian. Semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam malah semakin banyak rintangan mendatang semakin menjulang api kemaraan untuk menambah ilmu di dada. Kerinduan yang menghimpit pada keluarga dan kampung halaman ditukar dengan semangat untuk terus berbakti dan menghadapi gelombang hidup dengan cekal.

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us