|
Judul : Zapin Melayu Di Nusantara Editor : Mohd Anis Md Nor Penerbit : Yayasan Warisan Johor Genre : Puisi Tradisional Mukasurat : 301 halaman Cetakan Pertama : 2000 ISBN : 983993287x
Dari berbagai-bagai pelosok dunia Melayu dalam linkungan lautan dan kepulauan di Selat Melaka, Selat Karimata, Selat Makassar, Laut Cina Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Jawa, telah dikumpulkan sejumlah dua puluh satu buah makalah mengenai Zapin dan seni yang berkaitan dengannya di dalam sebuah penerbitan yang digelar sebagai Zapin Melayu di Nusantara.
Kesemua karangan yang dimuatkan ke dalam naskah ini pada amnya membicarakan kesenian Zapin Melayu dari empat sudut pendekatan yakni dari sudut imej dan identiti, unsur falsafah di dalam kesenian Zapin, ulasan dari sudut struktur persembahan dan mengenai diaspora Zapin Melayu di Nusantara. Setiap karangan yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar tari, muzik, sejarah, sastera, falsafah dan sahsiah kesenian Zapin Melayu merupakan kupasan dan nukilan yang cukup bermakna bagi peminat dan pengemar Zapin Melayu di Nusantara pada amnya dan di Negeri Johor Darul Takzim pada khususnya.
Penulisan-penulisan tersebut bukan sahaja cuba mendedahkan rahsia dan cerita mengenai Zapin Melayu secara etnografik, saintifik dan holistik, tetapi lebih jauh dari itu, ianya juga merupakan usaha penceritaan yang bersifat emic dan etnosentrik. Pada umumnya makalah-makalah tersebut memperakui bahawa kesenian Zapin Melayu di Nusantara telah dicipta oleh genius-genius Melayu melalui arus dan deruan pengaruh dari luar dunia Melayu tetapi telah berbaur dan bersebati sebagai kesenian sinkretik Arab-Melayu-Islam.
Kandungan
Bahagian I IMEJ DAN IDENTITI
Zapin Melayu di Negeri Johor Darul Takzim: Penyambung Warisan Budaya Melayu di Nusantara Ucap Utama oleh YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, di Festival Zapin Nusantara 1998
Zapin di Istana Kerajaan Pelalawan Tenas Effendy
Tari Zapin Nusantara: Sejarah Perkembangannya di Palembang Djohan Hanafiah
Zapin-Gambus di Wilayah Kabupaten Deli-Serdang, Sumatera Utara Tengku Luckman Sinar, SH (Tengku Pangeran Temenggong Mangkunegara)
Dana: Tari Pergaulan Bernafaskan Islam di Jambi Tom Ibnur
Bahagian II FALSAFAH KESENIAN
Falsafah Kesenian Islam dalam Zapin Melayu: Leksikon dan Ikonografi Handasah Al-Sawt di Alam Melayu Mohd Anis Md Nor
Falsafah Zafin Melayu Riau Pulau Penyengat di Kepulauan Riau Raja Hamzah Yunus
Falasafah Tari Jepin Kalimantan Barat H. Munawar Kalahari
Falsafah Persembahan dalam Zapin Riau H. Said Mahmud Umar
Bahagian III STRUKTUR PERSEMBAHAN
Dasar Langkah Tari Zapin Riau dan Sekelumit Pengembangannya Tengku Rahimah Daud
Zapin Asli Siak Sri Indrapura Zulkifli ZA
Tarian Zapin di Sarawak Sharkawi Haji Amit
Tari Jepin Kalimantan Barat A. Muin Ikram
Zapin Riau: Tinjauan Koreografi dan Ensembel Perkusi Said Parman
Struktur Rentak dan Melodi Zapin Sumatera Utara Fadlin Ja'far
Muzik Zapin: Pendekatan Sebuah Komposisi S. Berrein
Muzik Pengiring Tari Dana: Tautannya dengan Perkembangan Muzik Tradisional Jambi Zurhatmi Ismail
Bahagian IV DIASPORA DI NUSANTARA
Tari Zapin dan Perkembangannya di Deli Serdang H. Jose Rizal Firdaus
Sejarah Tari Zapin dan Perkembangannya di Kerajaan Siak Sri Indrapura H.O.K.Nizami Jamil
Sejarah Perkembangan Tari Dana di Propinsi Jambi Ja'far Rassuh
Seni Tari Zapin: Tinjauan Sejarah dan Perkembangan Pasang Surutnya di Kalimantan Barat H. Mawardi Rivai
BIBLIOGRAFI
|