Judul : A-Z Menjahit Baju Kurung Pengarang : Zaliha Ariffin Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Fesyen Mukasurat : 82 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789676122162
A-Z Menjahit Baju Kurung ini ditulis atas kesedaran penulis demi pentingnya generasi sekarang mengetahui kaedah menjahit baju kurung. Memandangkan baju kurung adalah baju warisan budaya masyarakat Melayu yang juga merupakan pakaian tradisional negara Malaysia maka penulis berasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab menyebarkan ilmu menjahit baju kurung khasnya baju kurung pesak dan baju kurung liningvyang semakin digemari oleh masyarakat sekarang.
Dengan adanya buku ini maka diharapkan lebih ramai yang akan mencuba menjahit baju kurung sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Diharapkan juga bagi mereka yang tiada pekerjaan tetap bolehlah memulakan perniagaan walaupun hanya dengan menjahit baju kurung sahaja kerana pendapatannya agak lumayan. Bagi mereka yang baru mencuba bersabarlah untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti sememangnya memerlukan kemahiran yang agak tinggi tetapi kemahiran ini akan dapat dikuasai sekiranya ia diulangi.
Kandungan
Prakata
Baju Kurung
Fabrik untuk Baju Kurung Bahan-bahan yang Diperlukan untuk Menjahit Baju Kurung Alatan Menjahit
Baju Kurung Tradisional/Baju Kurung Pesak
Kaedah Mengukur Badan Wanita Membuat Pola Baju Kurung Kaedah Menggunting Fabrik Baju Kurung Cara Membuat Ukuran Lubang Leher Kaedah Menebuk Lubang Leher Kaedah Menyediakan Lapik Leher Kaedah Menjahit Leher Baju Kurung Kaedah Menjahit Lapik Leher Menjahit Kemasan Leher Baju Kurung Kaedah Menjahit Pesak dan Kekek Kaedah Mencantum Pesak dengan Badan Menjahit Kemasan Kelepet dengan Jahitan Silang Pangkah Pad Bahu Menyedia dan Memasang Pad Bahu
Kain Baju Kurung
Kiraan untuk Keperluan Kain Kaedah Menggunting Kain Keadah Menjahit Kain Kaedah Mencantum Ben Pinggang kepada Kain
Baju Kurung Lining Kain Baju Kurung Lining
Menjahit Manik
Biodata.
|