Judul : Hamka Pujangga Islam - Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya) Pengarang : H. Rusydi Hamka Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd Genre : Biografi Mukasurat :396 halaman Cetakan Kedua : 2008 ISBN : 9839422467 Kulit Nipis
Banyak perkara yang belum diketahui oleh orang ramai, perihal peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya. Dan, banyak lagi.
Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang : Suami, Ayah, Datuk dan Mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam tersendiri.
Penulis juga mengetengahkan kemahiranj Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur mengunggu giliran, seperti halnya hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Ia kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah.
Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.
Kandungan
Pengantar Penerbit Pengantar Penerbit Pustaka Panjimas Pengantar Penulis Catatan Latar Belakang Kehidupan Hamka Tongkat-tongkat Buya Hamka Ubat Hati Ayah dan Ubat dari Anak Tanah Deli Untung-untungan Dari Hari ke Hari Fatwa Dalam Humor Muru'ah 1 Muru'ah 2 Anak-anak Kesebelas Masalah Metropolitan Merindukan Cucu Kemandang Dakwah Terpegang di Pangkal Bedil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Jambatan Ummah dan Pemerintah Menjelang Akhir Hayat dan Penutup
Lampiran-lampiran
I. Catatan Dalam Tahanan Regim Sukarno II. Sambutan Sebagai Ketua Umum Majlis Ulama III. Toleransi (Kerukunan Beragama) IV. Surat Peribadi untuk Pak Harto V. Pembahasan dari Hal Intisari UUD `45 VI. Surat kepada Pangkopkamtib Sudomo VII. Surat Jawapan dari Pangkopkamtib Sudomo VIII. Karya-karya Buku Sejak Menulis dan Mengarang 1928 (Usia, 17 Tahun)
Biodata Penulis Keratan Akhbar Berita Harian
|