Judul : Istimewa Hidangan Petang Jilid 1 Pengarang : Yon Abu Bakar Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Resepi Mukasurat : 91 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118079
Ramai yang mengambil mudah dalam penyajian hidangan petang dan disajikan ala kadar sahaja. Memandangkan ia disajikan untuk hidangan seisi keluarga, mahupun untuk sahabat handai dan saudara-mara seharusnyalah sajian ini dapat menambat selera, bervariasi dan berkhasiat
Pelbagai resipi terpilih disediakan dalam buku ini termasuklah kuih tradisional, desert, puding, kek, roti, bubur, aneka kuih-muih; memberikan pilihan yang luas kepada anda untuk mencuba dan membawa kelainan dalam sajian seharian. Apa yang pastil buku ini bukanlah sekadar mengetengahkan hidangan petang yang lazim dibayangkan oleh anda. Bukan hanya suri rumah malah mereka yang bekerja dan kesuntukan masa turut mampu menyediakan menu pilihan sebegini.
Sungguhpun resipi-resipi terpilih dalam buku ini disediakan untuk hidangan petang, ia juga boleh dicuba pada masa yang lain. Jika anda bijak menggabungkan menu ini sudah tentu hidangan lebih menarik, menyelerakan bahkan istimewa pula.
Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap hidangan yang dinyatakan.
Kandungan
Lopes Sagu Ubi Kayu Begedel Daging Ubi Kayu Kuih Ku Keledek Kacang Merah Lepat Labu Kacang Merah Bingka Ubi Kentang Puding Laici Kek Kukus Masam Manis Bingka Sujiana Abuk-Abuk Sagu Beras Pulut Onde-Onde Keledek Inti Kacang Merah Bubur Kacang Ginjal Sardin Gulung Roti Kacang Bubur Nangka Kacang Hijau Laksa Melaka ( Ala Nyonya) Talam Lapis Keledek Tiga Warna Bingka Ubi Dan Labu Kuning Donat Fancy Rempeyek Kacang Hijau Mi Ladna Bubur Kacang Hijau Berdurian Bubur Caca Cendol Merah Kuih Cara Kaya Popia Pai Tee Samosa Berinti Keladi Manis Karipap Pusing Kek Span (Cara 1 Dan Cara 2) Kek Keju Tropikal Kek Lobak Merah Kek Tiramisu Coffee Chiffon Kek Fruit Flan Kek Black Forest Lompang Tako Thai Puding Marble Pelangi Kek Span Koko Pasta Tomyam Makaroni Goreng Berdaging Sizzling Yee Mee Makaroni Bakar Talam Sri Pandan Talam Cendol Apam Gandum Gula Merah Bingka Jagung Nasi Gulung Sharina Sakura Mi Goreng Sosej Quiche Ayam Puding Mangga Jell Kristal Shake Mangga Berjeli Merah Puding Kristal Mangga Buah Pic Kek Coffee Walnut Pau Kacang Merah Mihun Goreng Karot Swiss Roll Kuih Ku Bunga Ros Tatlet Buah Sum Sum Puteri Ayu Talam Lapis Tepung Pulut Seri Muka Kacang Hijau Bun Ayam Flos Talam Keladi Berlauk Kukus
Mengenali Hajah Yon
|