Judul : Pakaian Cara Melayu Pengarang : Siti Zainon Ismail Penerbit :Penerbit UKM Genre : Sains Sosial Mukasurat : 340 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9679427404
Pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut pada abad ke-16 adalah kesinambungan pola asas yang berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi. Walaupun di sana sini ada unsur luar yang digunakan tetapi ia digabungkan secara harmoni.
Di sinilah ditemui persamaan ciri reka bentuk pakaian wilayah budaya Melayu seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju panjang Minangkabau yang umumnya dikenal sebagai baju teluk belanga. Keistimewaan konsep pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional Melayu yang diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu. Perbandingan pola baju Melayu kurung Johor dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak lebih memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk melalui perkembangan sejarah dan budaya. Pakaian Cik Siti Wan Kembang adalah warisan budaya Seriwijaya, manakala Puteri Perak pula adalah kesan asimilasi budaya Melayu-Aceh. Kini kedua-dua pakaian ini adalah simbol kebesaran yang dijadikan pakaian adat kesenian.
SITI ZAINON ISMAIL, Ph. D., Profesor di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kandungan
Senarai Sketsa Senarai Gambar Senarai Singkatan Prakata Pendahuluan
Bab 1 Pengenalan Bab 2 Pakaian Bab 3 Pakaian Cara Melayu Bab 4 Reka Bentuk Pakaian Cara Melayu Bab 5 Simbolik Pakaian Cara Melayu Bab 6 Gaya dan Keindahan Pakaian Cara Melayu
Kesimpulan Glosari Rujukan Indeks
|