Judul : Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim Penerbit : PTS Islamika Kategori : Gaya Hidup Islam Mukasurat : 172 halaman Cetakan Ketiga : 2009 ISBN : 9789673660261
Edisi Kemas Kini Beserta CD
BUKU INI bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji akan mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
"Buku ini ditujukan khas kepada mereka yang senasib, mereka yang pernah menunaikan haji, manusia yang jahil tetapi mahu mencari keredaannya" - Zuarida Mohyin, Utusan Malaysia.
"Penulis berjaya mengutarakan pelbagai idea bernas yang sama sekali bukan ortodoks bagi mengubah pemikiran dan kaedah lama umat Islam dalam amalan Haji." - Professor Dr Abu Bakar Abdul Majeed, UiTM.
" Memang luar biasa profesor akaunting yang satu ini. Pembaca yang membaca buku ini akan memahami mengapa beliau seorang profesor yang lain daripada yang lain" - Pn Ainon Mohd, Chairman PTS Group & Sifu UNIKA.
"Satu catatan unggul kontemporari yang merangsang minda. " - Dermantim, pengunjung Blog Prof Kamil: ‘Kehidupan Ringkas Tetapi Signifikan"
Kandungan
Kata Pengantar Kesyukuran Catatan Pengarang Prolog Bab 1 : Aroma Haji Bab 2 : Aku Manusia Jahil Bab 3 : Kad Jemputan Bab 4 : Konsep Haji Bab 5 : Jalan Pintas ke Syurga Bab 6 : Surat untuk Menteri Bab 7 : Siapa Jaga Anak? Bab 8 : Pemeriksaan Kesihatan Bab 9 : Bertaubat di Florence Bab 10 : Tahalul dan Tolol Bab 11 : Cik Bedah, Anda di Mana? Bab 12 : Ujian Wak Lampu Bab 13 : Mencari Keistimewaan Bab 14 : Jangan Hantar ke Kelana Jaya Bab 15 : Hotel Ekhwah Bab 16 : Universiti Baitullah Bab 17 : Ajaibnya Bumi Mekah Bab 18 : Tolong Jaga Ibu Saya Bab 19 : Malaikat atau Wali Allah Bab 20 : Hadiah untuk Ibu Bab 21 : Berkongsi Saf Bab 22 : Strepsil di Masjidil Haram Bab 23 : Hajar Aswad Bab 24 : Maal Hijrah di Mekah Bab 25 : Kuat dan Bertenaga Bab 26 : Teori Saf Bab 27 : Talbiah Bab 28 : Sesat di Arafah Bab 29 : Wukuf Bab 30 : Sejuknya Muzdalifah Bab 31 : Jamratul Aqabah Bab 32 : Tua di Mina Bab 33 : Khatam al-Quran Bab 34 : Aku Ingin Tidur Bab 35 : Rokok di Mekah Bab 36 : Shopping Bab 37 : Selamat Tinggal Mekah Bab 38 : Makan ataupun Solat? Bab 39 : Madinah Bumi Aman Bab 40 : Tuhan Lebih Mengetahui Bab 41 : Sehelai Jubah Seribu Makna Bab 42 : Dua Jam di Raudah Bab 43 : Selamat Tinggal Madinah Bab 44 : Haji Mabrur Bab 45 : Cabaran Sebenar Bab 46 : Haji Daud Tanjung Karang Bab 47 : Surau Kondo Kemuncak Bab 48 : Tulis Kisah Saya Bab 49 : Astaghfirullah Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Daftar Bacaan
|